(Disediakan Oleh : Hjh Rashidah binti Mohd Alai)
Alat CoRT 1 merupakan alat-alat kemahiran berfikir yang diperkenalkan oleh Edward de Bono. Menurut Poh Swee Hiang (2009), alat CoRT I berfungsi memperluaskan pandangan pelajar supaya lebih kreatif, konstruktif dan kritis.Alat CoRT 1 PMI amat sesuai dalam pengajaran karangan yang bersifat argumentatif seperti karangan perbincangan, pendapat dan juga perbahasan. Alat PMI dalam pengajaran karangan adalah untuk meluaskan fikiran pelajar tentang sesuatu tajuk atau masalah yang dikemukakan oleh guru dengan memberi pertimbangan secara khusus kepada aspek kebaikan, keburukan dan perkara-perkara menarik (Kamaruddin Hj Hussin,2003) mengenai masalah atau tajuk tersebut. Dengan demikian, penggunaan alat PMI ini lebih bersesuian untuk mencari isi-isi yang berkaitan dengan tajuk karangan. Dengan erti yang lain, pelajar diberi peluang untuk berfikir dengan cara setiap pelajar diminta untuk mengenal pasti ciri-ciri yang berkaitan, mengklasifikasi, membanding beza, mentafsir setiap pendapat atau idea yang diutarakan oleh rakan-rakan.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Karangan
Tajuk Kecil : Internet dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja yang tahu memanfaatkannya. Namun begitu, penggunaan internet juga boleh mendatangkan banyak keburukan kepada remaja. Bincangkan kesan-kesan negatif penggunaan internet terhadap golongan remaja.
Tahun : 10A
Tarikh : 14hb. Mei, 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.20 pagi – 9.10 tengah hari (50 minit)
Jumlah Pelajar : 30 orang
Alat Bantu Mengajar : Slaid projektor yang mengandungi isi pelajaran.
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar pernah mempelajari pelbagai jenis
karangan pada peringkat menengah bawah.
Objektif Khusus : Semasa dan pada akhir pengajaran ,para pelajar
akan dapat:
- menceritakan isi kandungan slaid.
- menyatakan ciri-ciri positif, negatif dan menarik tentang tajuk umum yang dikemukakan oleh guru.
- mengenal pasti isi-isi yang diperolehi daripada PMI untuk merangka karangan.
- menulis karangan argumentatif.
Kemahiran :
1. Kemahiran berfikir (secara kritis dan kreatif)
(a) Menceritakan isi kandungan slaid.
(b) Menyatakan isi karangan menggunakan alat PMI berdasarkan tajuk karangan (umum) yang dikemukakan oleh guru.
(c) Mengenal pasti dan mencerakin isi-isi daripada PMI bagi menjawab soalan karangan (khusus).
(d) Menulis karangan argumentatif.
2. Kemahiran Lisan
(a) Mengemukakan secara lisan isi kandungan slaid.
(b) Menyatakan ciri-ciri positif, negatif dan menarik mengenai tajuk karangan (umum).
(c) Menjelaskan isi-isi daripada PMI untuk dikaitkan dengan tajuk khusus seterusnya merangka karangan.
(d) Membentangkan hasil penulisan aspek isi di depan kelas.
3. Kemahiran menulis
(a) Aktiviti menulis satu isi.
(b) Menulis karangan argumentatif berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.
Pendekatan : Eklektik, penggabungjalinan dan komunikatif.
Kaedah : Perbincangan
Teknik : Soal Jawab, Penerangan dan Perbincangan
Aktiviti : Analisis Isi dan Menulis isi karangan.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
|
Alat Bantu Mengajar
|
Induksi Set
(5 minit)
|
Slaid
| 1) Guru menayangkan slaid yang mengandungi penggunaan internet.2) Setelah itu, guru mengajukan beberapa soalan berkaitan dengan slaid tersebut kepada pelajar. Antaranya:
|
|
Langkah 1
(7 minit)
|
Karangan Argumentatif
| 3) Berdasarkan jawapan pelajar, guru memberitahu bahawa pembelajaran karangan pada hari itu berkisar tentang internet.4) Guru mengedarkan kertas pengurusan grafik kepada pelajar dan mengarahkan mereka membentuk kumpulan masing-masing.Guru menyuruh pelajar berbincang untuk menyenaraikan ciri-ciri positif, negatif dan ciri menarik tentang internet. |
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Perbincangan Isi menggunakan PMI
| 5) Setelah itu, guru mengarahkan setiap wakil kumpulan untuk membentangkankan jawapan mereka di depan kelas.6) Guru dan pelajar berbincang mengenai jawapan atau isi karangan. | |
Langkah 3
(10 minit)
|
Aktiviti perbincangan isi karangan
| 7) Guru memberikan tajuk khusus karangan iaitu “Internet merupakan salah satu telekomunikasi yang terpenting dalam kehidupan remaja pada masa kini. Internet dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja yang tahu memanfaatkannya. Namun begitu, penggunaan internet juga boleh mendatangkan banyak keburukan kepada remaja. Bincangkan kesan-kesan negatif penggunaan internet terhadap golongan remaja” dan mengarahkan setiap kumpulan untuk mengenal pasti dan mencerakin isi-isi yang diperoleh daripada PMI tadi untuk dikaitkan atau disesuaikan dengan tajuk khusus tersebut. Kemudian disusuli dengan aktiviti pembentangan untuk dibuat penilaian. Selanjutnya perbincangan menyusun isi. | |
Langkah 4
(20 minit)
|
Aktiviti menulis pendahuluan
Perbincangan menulis isi karangan
Penerangan menulis penutup karangan
| 8) Secara berkumpulan, pelajar diarahkan untuk menulis perenggan pendahuluan dan dibentangkan di depan kelas.9) Guru menerangkan cara-cara menulis isi karangan dan selanjutnya mengarahkan pelajar menuliskan satu isi berdasarkan contoh atau penerangan guru.10) Guru menerangkan cara menulis kesimpulan kepada pelajar. |
|
Kesimpulan
(3 minit)
|
-
| 11) Sebelum pengajaran dan pembelajaran berakhir, semua pelajar diarahkan untuk menyiapkan kerja mereka di rumah. Guru juga mengulang secara ringkas tentang pembelajaran pada hari tersebut. | - |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan