Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Rabu, 8 Oktober 2014

Pendekatan Pembelajaran Bagi Murid Tegar Jawi


Teknik-teknik  pembelajaran  yang  baik  merupakan  satu  kaedah  dalam usaha  kita  menghadapi  pelajaran  yang  terbaik  sebagai  langkah  untuk memperolehi  kejayaan  yang  cemerlang  di  dalam  bidang  pembelajaran.  Pelajar perlu  memahami  bahawa  tidak  ada  satu  ‘formula’  yang  mesti  dan  tepat  bagi merumuskan  satu  kaedah  yang  paling  baik  untuk  menghadapi  pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

1. KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya  kreativiti  dan  memupuk  minat  terhadap  Jawi.  Penggunaan  aktiviti permainan  sebagai  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  dan  luar  bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ‘ bermain sambil belajar ‘.
 
Tidak  dinafikan,  pengajaran  pemulihan  jawi  akan  menjadi  lebih  berkesan sekiranya  dilaksanakan  dengan  inovasi  pembelajaran  yang  menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.
 
Contoh Pelaksanaan di dalam kelas:
 
Tahun1 Kreatif &  1 Inovatif
Bilangan Murid25 orang
Masa60 minit
tajukMembaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf ba dan ta
ObjektifI. Murid  boleh  membaca  suku  kata  terbuka  daripada hurufl ba dan taII. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya
StrategiDari mudah kepada susah
Cadangan aktivitiLangkah 11.1 Guru  memperkenalkan  huruf  dan  bentuk-bentuk huruf(a) Menggunakan  ‘mounting  board’  (kad imbasan)(b) Membentuk  huruf  ba  dan  ta  dengan menggunakan plastesin1.2 Menyebut huruf  secara latih tubi,  individu,  jantina dan kumpulan1.3  Guru  memperkenalkan  huruf  vokal alif,  wau  dan ya 1.4  Latih tubi membaca suku kataLangkah 2Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik2.1  Tunjuk  cara-  teknik  yang  digunakan  oleh  guru sewaktu  menjalankan  pengajaran  yang  memerlukan pelajar  menguasai  sesuatu  kemahiran  terlebih  dahulusebelum aktiviti sebenar dijalankanContoh: وبوب = وب+ وبوبا = وب+ اوتاب = وت + اب
2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku kata yang telah dipelajariII.2Penyelesaian  masalah-  guru  menyediakan beberapa  perkataan  baru  di  dalam  tulisan  rumi. Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.Langkah 3Bermain permainan pancing ikan.Alatan: Objek ikan dikerat duaBatang pancingKad suku kataPersediaanObjek  ikan  diperbuat  daripada  polistrin  atau  kad manilaLetakkan magnet pada ikan dan tali pancing
Cara permainan:
•Permainan dijalankan secara berkumpulan
•Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk perkataan
•Kumpulan  yang  berjaya  memancing  dan  menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.


 
Menyanyi  lagu  vokal  dan  suku  kata  berdasarkan  suku  kata  yang  dipelajari.
 
KEKUATAN
Murid tidak merasa bosan atau jemuPenglibatan daripada semua murid.Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.Guru  dapat  mengenal  dengan  mudah  kemampuan/kelemahan mereka.Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
 
KELEMAHAN
Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Sedikit membebankan guru menyediakan BBM. Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.Memerlukan peruntukan kewangan
 

2.KAEDAH PANDANG SEBUT

KEKUATAN
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
Semua murid terlibat.Murid berani mencuba.
Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
Menambah minat membaca Al-Quran.Melahirkan kepimpinan murid
 
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
Perancangan dan persediaan yang teliti. 
Murid yang lemah rasa rendah diri.
 

3.KAEDAH LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
 
KEKUATAN
Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Keyakinan diri murid bertambah.Mengasah potensi murid-murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.Menambah minat
 
KELEMAHAN
Menghadkan kebebasan berfikir muridMurid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiriMemerlukan  guru  yang  mahir  dalam  menjalankan  kaedah  ini semasa mengajar Sebelum  pengajaran  dijalankan  guru  seharusnya  membuat perancangan dan persediaan yang teliti.
 

4. KAEDAH IMLAK

Imlak  (dictate)  bermaksud  pembacaan  dengan  suara  yang  lantang  sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana.
 
KEKUATAN
Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.Mengukuhkan ejaan.Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
 
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang teliti.Murid  yang  mempunyai  masalah  pendengaran  tidak  dapat mengikuti dengan baik.5.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.
 

5.KAEDAH MENGEJA

KEKUATAN
Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.
 
KELEMAHAN
Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.
 

6.KAEDAH KEFAHAMAN

KEKUATAN
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Keyakinan diri murid bertambah.Mengasah potensi murid-murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.
 
KELEMAHAN
Memerlukan  guru  yang  mahir  dalam  menjalankan  kaedah  ini semasa mengajar Jawi ini.Sebelum  pengajaran  dijalankan  guru  seharusnya  membuat perancangan dan persediaan yang teliti.Murid yang lemah rasa rendah diri.
 

7.KAEDAH HURUF

KEKUATAN
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Semua murid terlibat.Murid berani mencuba.Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
 
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang teliti.Murid yang lemah rasa rendah diri.
 

8.KAEDAH PENGAYAAN

Pengayaan  adalah  sejenis  aktiviti  pembelajaran  yang  menarik  dan  mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
 
KEKUATAN
Pengayaan  adalah  sejenis  aktiviti  pembelajaran  yang  menarik  dan  mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
 
KELEMAHAN
Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid  cepat  bosan  kerana  banyak  aktiviti  yang  terpaksa  mereka buat.
 
Sumber : 

Tiada ulasan: