Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Rabu, 8 Oktober 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR

Cort

Objektif
Pada akhirnya bahagian ini anda akan dapat :
• Menyenaraikan 7 alat yang terdapat dalam CoRT
• Menerangkan kelebihan setiap alat untuk mengurangkan kesilapan berfikir
yang kita biasa lakukan
• Menggunakan alat-alat CoRT untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti bahagian
ini
• Memilih alat CoRT yang sesuai mengikut fungsinya
CoRT
Apa
Jenis
Keterangan
Pengubahsuaian dan
pengaplikasian
ISI
Definisi CoRT
CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT
menggalakkan individu untuk berfikir secara meluas.
CoRT adalah terdiri daripada alat-alat berikut :
PMI : kebaikan, keburukan dan menarik
(Plus, Minus, Interesting)
CAF : Mengambil kira semua faktor
(Consider All Factors)
C & S : Kesan mengikut jangka masa
(Consequence Sequal)
AGO : Tujuan, matlamat dan objektif
(Aims, Goals & Objectives)
FIP : Keutamaan mengikut kepentingan
(First Important Priorities)
APC : Alternatif, kemungkinan dan pilihan
(Alternatives, Possibilities
and Choices)
OPV : Pandangan orang lain
(Other People’s Views)
cuba teliti alat-alat CoRT dan fahamilah kegunaannya.
PMI (Plus, Minus, Interesting – Kebaikan, Keburukan, Menarik)
Pengenalan
PMI ialah satu cara bagaimana kita melihat sesuatu idea, cadangan atau saranan
yang dikemukakan. Penggunaan PMI akan menolong kita lebih terbuka terhadap
sesuatu idea atau isu. Ia menolong kita lebih terbuka terhadap sesuatu idea atau
isu. Ia menolong memperluas padangan dan mengelakkan kita daripada pemikiran
yang sempit dan beremosi.
P - Plus Perkara yang difikirkan baik tentang sesuatu idea.
M - Minus Perkara yang dirasakan tidak baik tentang sesuatu idea.
I - Interesting Perkara yang menarik tentang sesuatu idea yang
tidak boleh digolongkan sebagai plus atau minus.
Dalam membuat keputusan anda sesutu perkara idea itu baik atau tidak, adalah
lebih baik kita mencari perkara-perkara yang baik, tidak baik dan menarik tentang
idea itu dahulu. Kemudian barulah kita buat keputusan sama ada hendak
menerima atau menolak idea itu.
Contoh :
“semua rumah diwajibkan memasang generator elektrik persendirian.”
P - Bekalan elektrik boleh diperoleh sepanjang masa.
- Rutin harian yang bergantung kepada elektrik tidak terganggu.
- Kegunaan elektrik hanya mengikut keperluan penghuni.
- Kurang kemungkinan makanan dan sayuran dalam peti sejuk rosak.
M - Kos permulaan membeli dan memasang adalah tinggi.
- Penyelenggaraan memerlukan perbelanjaan tinggi.
- Pencemaran akibat pembakaran bahan api generator.
- Pencemaran bunyi.
I - Menggalakkan ciptaan generator yang lebih baik.
- Industri pembuatan generator berkembang pesat.
Aktiviti L
“sekolah tidak perlu ada pengawas (prefect)”
Gunakan PMI untuk mengkaji idea teesebut.
Refleksi dan metakognitif
Adakah pandangan anda terhadap isu atas sama
seperti sebelum aktiviti ini? Adakah pandangan
positif / negatif / menarik anda terhadap isu ini
bertambah.
CAF (Consider All Factors – Mengambil kira Semua Faktor )
Pengenalan
Apabila anda terpaksa memilih atau membuat sesuatu, selalunya terdapat banyak
faktor yang harus anda mengambil kira.Sekiranya anda tidak mengambil kira
beberapa faktor, pilihan anda mungkin betul pada masa itu tetapi terbukti salah
kemudiannya.Apabila anda meneliti pemikiran orang lain anda boleh melihat faktorfaktor
yang telah tertinggal.
Contoh:
Sebuah zoo mini telah dibina dengan pembiayaan RM5,OOO.OO daripada
PIBG.Program itu gagal selepas tiga bulan kerana kebanyakan haiwan dan
tumbuhan peliharaan mati.
Program itu gagal kerana pihak berkenaan tidak mengambil kira semua faktor yang
berkait dengan penyelenggaraan zoo tersebut.Contohnya,kos jangka panjang
makanan haiwan,tenaga untuk menjaga kebersihan dan keperluan haiwan dan
tumbuhan, pemantauan kesihatan haiwan dan faktor penyelenggaran semasa cuti
sekolah.
Aktiviti M
Pihak EON merancang untuk mengeluarkan kereya
pemandu sebelah kiri untuk pasaran luar negara.
Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum kereta
berkenaan dikeluarkan?
Gunakan CAF untuk tujuan ini.
Refleksi
• Adakan CAF menolong anda mengkaji sesuatu Candangan atau idea
lebih teliti.
• Adakah anda dapat menentukan lebih banyak faktor yang perlu diambil
kira sebelum membuat keputusan tentang satu candangan atau idea?
Kalau ya apakah yang menolong anda buat demikian?
C & S (Consequence And Sequel – Kesan Mengikut Jangka Masa)
Pengenalan
Pencipta enjin petrol telah memungkinkan kewujudan kereta=kereta, kapal terbang
dan perusahaan minyak. Penciptaan itu juga mengakibatkan pencemaran.
Sekiranya semua kesan dapat diramalkan pada masa itu rancangan atau peraturan
atau keputusan semuanya mempunyai kesan-kesan yang berterusan untuk suatu
masa yang panjang. Dalam memikirkan sesuatu tindakan, kesan-kesanya patut
dipertimbangkan.
Terdapat 4 kesan :
1. Kesan serta merta
2. kesan jangka pendek ( 1 – 5 tahun)
3. kesan jangka serdehana ( 5 – 25 tahun)
4. kesan jangka panjang ( lebih daripada 25 tahun)
contoh :
sebuah negara kecil yang pesat membangunan sedang merancang
memperkenalkan undang-undang Perancangan Keluarga bertujuan mengawal
kadar pertumbuhan penduduk.
Seorang ahli Parlimen membantah usul yang dibawa itu dengan mengemukakan
kesan jangka panjang terhadap negara itu.
Bantahan beliau adalah berasaskan hujah bahawa sumber tenaga manusia akan
berkurangan dan akan menjejaskan keselamatan dalam negara. Walau
bagaimanapun, beliau mengakui kesan jangka pendek yang positif akan dialami
oleh negara. Antara kesan-kesan positif yang beliau kenal pasti adalah kerajaan
menjimatkan perbelanjaan negaar,ibu bapa dapat memberi tumpuan layanan yang
lebih berkualiti kepada ahli keluarga yang lebih kecil, ibu bapa sendiri dapat
memberi perhatian kepada perkembangan kerjaya mereka sendiri.Seiring dengan
ini, pendapatan mereka dapat ditingkatkan dan keadaan dapat meningkatkan taraf
hidup yang lebih mewah.
Refleksi
• Apakah pendapat anda tentang faedah menggunakan alat C&S?
• Adakah mengambil kira kesan jangka panjang mengubah pendapat awal
anda terhadap sesuatu isu atau cadangan ?
AGO (Aims, goals, objectives – Tujuan, Matlamat,Objektif)
Pengenalan
Sesuatu yang kita lakukan mempunyai sebabnya; mungkan disebabkan oleh
kebiasaan atau mungkin kerana melihat reaksi daripada orang lain, atau mungkin
kerana disebabkan oleh semua orang melakukannya.
Tetapi ada kalanya kita melakukan sesuatu bukan kerana “sebab-sebab” , tetapi
kerana hendak mencapai sesuatu hajat atau objektif. Kalau kita tahu apa
sebenarnya yang cuba kita ‘capai’ , ini akan dapat membantu fikiran kita dan dapat
membantu kita memahami fikiran orang lain terhadap objektif masing-masing.
Aktiviti N
Kerajaan mengeluarkan undang-undang melarang memotong
pokok yang tingginya melebihi 1 meter.Jangkakan apa yang
akan terjadi dengan menggunakan C&S.
Dalam situasi-situasi tertentu, A (Aims) G (Goals) dan O (Objectives) menunjukkan
makna yang sama sahaja. Menentukan objektif sesuatu usaha akan menolong kita
membuat keputusan dan merancang tindakan yang perlu diambil.
Contoh :
Guru sains di sebuah sekolah rendah memulakan kempen membaca majalah sains
di kalangan mueudnya dalam usaha mempertingkatkan keputusan peperiksaan.
Usha ini juga secara tidak langsung bertujuan meningkatkan minat terhadap mata
pelajaran sains. Matlamat tambahannya pula adalah untuk meluaskan
pengetahuan murid dalam bidang sains serta mengukurkan lagi kemahiran
membaca dan berbahasa. Susulan daripada program ini timbul objektif baru untuk
mengadakan pertandingan kuiz sains ke arah melibatkan lebih ramai murid sekolah
dalam daerah tersebut.
Refleksi
Adakah dengan menggunakan AGO menolong anda memahami tujuan, matlamat
atau objektif tindakan orang lain?
Adakah mengetahui objektif sesuatu usaha itu akan menolong anda dalam
pencapaian objektif itu?
Adakah semua objektif yang kenal pasti dengan pertolongan AGO itu mempunyai
keutamaan yang sama?
Bilakah penting sekali kita mempastikan objektif?
Aktiviti O
Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah anda bercandang melancarkan
kempen kebersihan sekolah. Anda pihak tertentu meragui hasrat
persatuan tersebut. Gunakan AGO untuk meneliti kemungkinan tujuan,
matlamat atau objektif persatuan berkenaan.
OPV(Other People′s Views-Pandangan Orang Lain)
Pengenalan
Banyak situasi berfikir melibatkan orang ramai.Apa yang difikirkan oleh mereka
kebanyakannya terdiri daripada aspek-aspek faktor, akibat-akibat yang mungkin
timbul, objektif-objektif dan lain-lain. Mungkin mereka mempunyai pandangan yang
berbeza walaupun situasi yang dihadapi adalah sama.
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ini ialah supaya kita dapat melihat dan
mengetahui apa fikiran dan pandangan orang lain terhadap sesuatu situasi yang
wujud.Sesetengahnya akan mempertimbangkan semua faktor yang terliabat
(CAF),ada pula mengkaji akibat daripadanya(C&S),ada yang mempunyai objektifobjektif
yang berlainan (AGO) dan ada pula yang mempertimbangkan keperluan
mustahak sahaja (FIP).
Sebenarnya apa yang kita fikirkan sama dengan apa yang difikirkan oleh orang laincuma
pandangan sahaja yang berbeza.
Contoh:
Sebuah lembaga elektrik swasta mencadang membina sebuah empangan jana
kuasa hidro di sebuah kawasan hutan simpan.
Pandangan pihak lembaga terhadap projek ini adalah untuk:
• menghasilkan keperluan tenaga elektrik yang mencukupi bagi penduduk tempat
• menambahkan pendapatan
• mendokong usaha pembangunan Negara
• mengurangkan pencemaran akibat penggunaan bahan api organik
• menambahkan peluang pekerjaan
Pandangan golongan pencinta alam adalah:
�� negara kehilangan warisan semulajadi
�� mengurangkan kawasan tadahan air
�� kemusnaahn kehidupan liar dan fauna
Pihak lain Yang terlibat seperti penduduk tempatan,Jabatan Perhutanan dan
Jabatan Perhilitan sudah tentu mempunyai pandangan tersendiri yang perlu diambil
kira.
Aktiviti R
Kemeterian Pendidikan telah membenarkan pihak sekolah melaksanakan jadual
waktu anjal.Kemeterian berpendapat jadual waktu anjal dapat mengatasi beberapa
masalah pihak sekolah.
Gunakan OPV untukmendapat sudut pandangan pihak berikut:
i. Guru Besar/Pengetua
ii.Guru
iii.Pelajar
Refleksi
�� Adakah menggunakan OPV dalam situasi di atas memaksakan anda melihat
semula isu dari sudut pandangan orang lain?
�� Adakah dengan mengambil kira yang lain itu membolehkan anda memperoleh
perspektif baru terhadap isu berkenaan?
�� Apakah kelebihan OPV apabila anda menghadapi sesuatu masalah?
�� Adakah OPV menolong mengesan persamaan dan perbezaan pandangan anda
dengan pandangan orang lain?
Aktiviti S
i. Adakah alat-alat CoRTι berbeza dengan Pengurusan Grafik?Sekiranya ya,
bagaimanakah ia berbeza?
ii. Di dalam kumpulan berempat isi ruang yang disediakan di dalam kertas majong
(sila lihat bawah ).Apabila visel dibunyikan sila beredar dari stesen anda ke stesen
yang berikutnya sehingga sampai ke stesen permulaan (jig-saw carousel). Jangan
ulang maklumat/idea yang sedia ada (yang ditulis oleh kumpulan lain) di dalam
kertas majong.
STESEN 6
iii. Fikirkan cara-cara bagaimana teknik penyoalan boleh digunakan bersama alatalat-
alat CoRTι untuk meningkatkan keberkesanannya?Berikan comtoh.
iv.Bagaimanakah anda boleh mengubahusuaikan alat-alat CoRTι supaya menjadi
lebih praktikal dan berkesan bagi situasi sekolah anda?Jika perlu gunakan
komputer.

Tiada ulasan: