Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Ahad, 4 November 2012

pim 3108

pim 3108 ELEMEN UTAMA RPH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN
PENGETAHUAN SEDIA ADA
ISI KANDUNGAN PELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI
PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
PENUTUP
ULASAN KENDIRI GURU PELATIH





pim 3108 - kepentingan rph

• Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
• Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajar.
• Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
• Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
• Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
• Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
• Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
• Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.





pim 3108 beza pendekatan, kaedah, strategi, teknik

1.Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu

2. teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah

3.Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran

4.Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum

pim 3108 beza jawi za'ba dan jawi disempurnakan

1.Sistem ejaan Jawi Za’ba mempunyai banyak undang-undang dan aturan kemudian banyak pula kekecualian sehingga menyukarkan pelajar dan golongan generasi baharu untuk memahami. (Ada 20 undang-undang tidak termasuk pecahan-pecahan. Pengecualian ini dimuatkan dalam bab peringatan-peringatan dalam buku daftar ejaan Melayu Za’ba.

2. Dalam Sistem ejaan jawi Za’ba terdapat satu fonem Melayu – hentian glotis diberi padanan dengan tiga huruf Qaf, Kaf dan Hamzah. Contohnya (batuk (qaf), rokok (hamzah) dan baik (kaf) Dalam sistem ejaan Mutakhir hanya satu sahaja dipakai iaitu qaf.

3. Sistem ejaan jawi Za’ba tidak dijelaskan kaedah mengeja kata-kata pinjaman bahasa Inggeris. Dalam pedoman jawi mutakhir diberikan panduan khas. Contohnya bagi huruf F dan P, (faktor atau politik) JIM dan GA (generasi) atau V dan W (van atau wau)

4. Terlalu banyak perkataan yang dieja secara homograf.
Seperti ضولي sama ada dibaca guli atau gulai. توفي Topi atau tupai. Ejaan mutakhir diberi alif pembeza.

pim 3108 t 4 ciri utama di dalam kemahiran set induksi
1. Menarik perhatian
2. Mewujudkan motivasi
3. Membuat perkaitan; dan
4. Menstruktur

Tiada ulasan: