Maksud akidah dari segi :
1.Bahasa :
- Ikatan atau simpulan yang berasal dr kata kerja 'aqada.Selain itu, turut bermaksud mengeratkan ikatan perjanjian('aqada al-'ahd)yang sering digunakan dalam al-Qur'an seperti dalam surah An-Nisa':33
2. Istilah :
- Menurut Imam al-Ghazali : Pegangan dan keyakinan yang kuat di dalam hati tanpa syak dan ragu.
Kesimpulan :
Akidah merupakan perkara asas dan dasar dalam Islam. Tanpa akidah sebenar, seseorang itu belum layak digelar sebagai seorang Muslim.
Rujukan :
Abd. Latif Muda;Rosmawati Ahmad.(1998).Pengantar Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur.Pustaka Slam Sdn Bhd,m.s:18-20
bahasa:
akidah diambil drpd perkataan arab iaitu 'aqada' yg bererti menyimpulkan sama ada hissi dan maknawi. oleh itu,akidah islam bererti simpulan keyakinan atau kepercayaan maknawi.
istilah:
para ulama bersepakat; suatu pegangan y benar.
antara ulama:
Ibn Taimiah: akidah ialah perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya sertatidak bercampur dgn sbarang keraguan.
al-Ghazali:suatu pegangan& membenarkan di dlm hati secara yakin dan pasti tanpa sbarang keraguan dan syak.
kesimpulannya, akidah ialah kepercayaan y kuat dlm hati thdp sesuatu y benar dan hak. akidah juga merupakan asas dan dasar dlm Islam..
Akidah dari segi bahasa arab berasal dari perkataan “aqada” yang bermaksud ikatan manakala dri sudut istilah, akidah adalah perbuatan yang dipercayai se[enuhnya dengan hati, menenangkan jiwa dan sentiasa yakin dalam melakukan amalan tanpa rasa syak. Akidah ditakrifkan sebagai kepercayaan dan keyakinan tentang wujudnya Allah Yang Maha Esa dan suci daripada sifat-sifat kemakhlukan. Menurut Kamus Dewan, akidah adalah kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan, kenabian dan sam’iyyat dengan dalil-dalil yaqiniyyah yang ‘aqliyyah dan naqliyyah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada di dalam hati seorang manusia.
Imam Sayyid Sabiq pula mendefinisikan akidah menurut pengertiannya sendiri dengan meletakkannya kepada enam perkara utama iaitu berdasarkan ma’rifah kepada Allah s.w.t dengan mengetahui nama-namanya yang mulia dan sifat-sifatnya yang tinggi serta ma’rifah tentang bukti kewujudannya di dalam alam semesta ini.
Kedua, ma’rifah dengan alam yang ada selain alam dunia ini iaitu kepercayaan tentang perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata terutama tentang kewujudan malaikat, jin, roh, syaitan dan sebagainya.
Ketiga, ma’rifah dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasul-rasul yang diutuskanNya yang bertujuan untuk menerangkan hak dan batil, halal dan haram serta baik dan buruk setiap perlakuan hambaNya.
Keempat, ma’rifah dengan Nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan Allah s.w.t yang merupakan petunjuk serta pembimbing kea rah kebaikan dan kebenaran.
Kelima, ma’rifah dengan Hari Qiyamat dan semua peristiwa yang akan berlaku d saat kebangkitan semula manusia, seksaan api neraka, balasan pahala dan dosa serta syurga dan neraka.
Manakala yang keenam pula ialah ma’rifah kepada semua Qada’ dan Qadar iaitu takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t dan segala ketentuan yang ditetapkan sama ada baik atau buruk.
Secara kesimpulannya, semua pengertian ini dirangkumkan dalam satu rukun iman yang dipercayai serta diimani semua umat Islam. Jika salah satu dari rukun pincang maka akan berlaku pemesongan kepercayaan dan iktikad seseorang muslim kepada penciptaNya.
Rujukan: (2005), Jurnal Intelek, Ilyana Bt Mohd.Jamaluddin, Masalah Akidah Di Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya Sesi 2004/2005.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan