Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Khamis, 10 Mac 2011

REFLEKSI

Al-quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada semulia-mulia manusia iaitu Nabi Muhammad saw. Kitab ini diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril as yang menjadi utusan bagi menyampaikan wahyu Ilahi kepada baginda rasul saw dan rasul-rasul serta nabi-nabi sebelumnya. Terdapat pelbagai ilmu yang terkandung di dalam kitab Al-quran yang mulia. Hal ini jelas membuktikan ketinggian dan kemulian Al-quran yang merupakan kitab Allah swt. Oleh yang demikian, wajib atas kita sebagai hamba yang beriman memuliakan kitab ini. Antara perkara yang dibincangkan tentang Al-quran ialah ayat Makiyyah dan Madaniyyah. Pengetahuan tentang ayat-ayat Makiyyah dan Madaniyyah membolehkan kita lebih memahami dan mendalami kehendak sesebuah ayat tersebut. Penafsiran ayat-ayat Al-quran menjadi lebih terperinci dan tepat dengan pengetahuan tersebut. Ulama’ membahagikan ayat-ayat Makiyyah dan Madaniyyah menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang mempunyai dalil tertentu dan dapat diterima oleh semua orang Islam. Oleh itu, kita sebagai golongan yang mencari ilmu dan keredhaan Allah, perlu dan mustahak ke atas kita mempelajari kaedah-kaedah penetapan ayat tersebut untuk memudahkan kita memahami agama Islam dan menjadikan syiar Islam yang berpandukan daripada Al-quran sebagai laluan hidup kita dalam menuju keampunan dan kasih-sayang Allah swt. Hanya orang yang beriman dan beramal soleh yang akan mendapat keredhaan Allah swt dan dapat kita faham di sini bahawa untuk mengesahkan sesuatu amal yang dilakukan hendaklah cukup segala syarat dan rukunnya dan untuk mengetahui rukun dan syarat itu mestilah dengan ilmu. Oleh yang tersebut, maka perlulah kita menyusuri jalan kepada menuntut ilmu agama.

Sekian, terima kasih.

Mohammad Azhar bin Rasli

Tiada ulasan: