Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Sabtu, 5 Mac 2011

bila terfikir kembali
saat yang telah kulalui
aku tersenyum
dan kekadang menangis sendirian
pahit manis mengharungi hidup
selalu bermain di mata hati
buat ibu yang tersayang
aku doakan selalu buatmu
kau mengandungkan aku,melahirkan aku,
kau jua yang menyusukan aku
menjagaku sejak sebesar tapak tangan
sehingga aku mampu berdiri dan berlari
tidak terbalas jasamu ibu
mamasak untukku
membasuh pakaian kotorku
engkau jua membersih najis ketika kecilku
siapa aku tanpamu ibu
engkau permata tidak ternilai
engkau delima batu terkenal
engkau hanya satu dalam dunia
engkau tidak pernah mengeluh hiba
menjaga aku
dari kecil hingga dewasa
aku doakan ibu
sentiasa tenag dan bahagia
sampai bila-bila jua
semoga redha dan rahmat Allah
mengiringi perjalanan hidupmu
wahai ibu permata hatiku...

buat ayah yang tercinta
siang malam bekerja
mencari nafkah halal untuk keluarga
aku kagum
mempunyai ayah sepertimu
tidak pernah merasa jemu
melayani telatah nakalku
sejak kecil hingga aku remaja
aku lalui hidup denganmu
penuh tenang dan bahagia
engkau mendidiku ilmu dan akhlak
engkau mengajarku adab dan sopan
engkau menghantarkan aku ke sekolah
engkau cuba mencorakkan
masa depan terbaik buatku
engkau sentiasa menyokongku
segala keputusanku
engkau berikan pandangan dan nasihat
yang menenangkan hatiku
sesungguhnya, engkau adalah ayah yang bijaksana,
engkau ketua keluarga yang hebat
aku gembira menjadi anakmu..
aku akan sentiasa mendoakan kebaikkan buatmu
wahai ayah yang sangat kusayangi..

buat adik2ku sayang
baik2 membawa diri
dunia ini bukan tempat yang selamat
bawalah dirimu kepada jalan Allah
rahmat dan berkat akan selalu mengiringimu
dunia mu masih muda..
baik2 menjaga diri
wahai adik2
penghibur waktu sunyiku
penyejuk mata hatiku

Tiada ulasan: