Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Khamis, 10 Mac 2011

kpm

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DARUL AMAN, 06000 JITRA, KEDAH

DARUL AMAN

PENDIDIKAN JASMANI

(PJ2311D)

TAJUK:

PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU

PENSYARAH : YUSAINY BIN AZIZAN

NAMA PELAJAR : MOHAMMAD AZHAR BIN RASLI

: MUHAMAD KHALIL BIN MOKHTAR

KOD MATA

PELAJARAN : PJ2311D (PENDIDIKAN JASMANI)

KUMPULAN : PPISMP SEM 2 (PENGAJIAN ISLAM 2)

TARIKH SERAHAN : 25 JANUARI 2011

BIODATA

NAMA : MOHAMMAD AZHAR BIN RASLI

NO KAD PENGENALAN : 910516-02-5675

TARIKH LAHIR : 16 MEI 1991

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR ALOR SETAR, KEDAH

KUMPULAN : PPISMP (PI/BI/BA)2 SEM 1

NO TEL : 013-4247664

ALAMAT : 22 B KG PAYA BESAR, KUBUR PANJANG, 06760 PENDANG, KEDAH.

EMAIL : azharrasli@yahoo.com

HOBI : MEMBACA

SEKOLAH LAMA : SEK. MEN. KEB. AGAMA KEDAH

BIODATA

NAMA : MUHAMAD KHALIL BIN MOKHTAR

NO KAD PENGENALAN : 910724-07-5335

TARIKH LAHIR : 24 JULAI 1991

TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KUMPULAN : PPISMP (PI+AQ/BI/BA) SEM 1

NO TEL : 019-4307039

ALAMAT : 2317, LRG 9B/4 TAMAN SELASIH. 09000 KULIM, KEDAH DARULAMAN

EMAIL : muhamadkhalil2407@yahoo.com.my

HOBI : BERMAIN BOLA SEPAK DAN BOLA TAMPAR

SEKOLAH LAMA : SEK. MEN. KEB. AGAMA KEDAH

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1

PENGHARGAAN

2

PENGENALAN

3

KUMPULAN SASARAN

4

PROSES PENYEDIAAN PERMAINAN

5

PERATURAN PERMAINAN

6

BORANG PEMARKAHAN

7

REFLEKSI INDIVIDU

8

BORANG KOLABORASI

9

RUJUKAN

10

LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan kurniaan rahmat, taufik dan hidayah serta kekuatan yang diberikan-Nya sehinggalah tugasan ini dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Enci Yusainy bin Azizan yang banyak memberi nasihat, bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kepada kakitangan di Perpustakaan IPGM Kampus Darulaman dan Perpustakaan Alor Setar kerana telah memberi kerjasama dalam mencari bahan untuk menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi maklumat dan pendapat yang berguna kepada kami bagi menyelesaikan tugasan ini. Tanpa mereka mungkin tugasan ini tidak dapat kami sempurnakan. Seribu penghargaan juga diucapkan kepada kedua ibubapa kami di atas sumbangan dari segi material dan sokongan. Semoga pengorbanan mereka diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Melalui tugasan ini banyak ilmu yang dapat dipelajari dengan lebih mendalam. Banyak maklumat dapat diterokai dalam pencarian maklumat yang berkaitan tugasan. Kadang-kala mengambil masa yang begitu panjang untuk mencari satu maklumat. Tetapi faedahnya pelbagai maklumat dapat dipelajari daripadanya.

Sesungguhnya benar apa yang difirmankan oleh Allah swt dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 15-16 yang bermaksud “Sesungguhnya datang kepada kamu daripada Allah cahaya dan kitab yang terang, dengannya Allah memimpin siapa yang Dia mahu, menurut keredhaan-Nya ke arah jalan kedamaian, dan Dia akan memimpin mereka ke jalan yang lurus.”

Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau atau Tuk Harimau masih popular dalam kalangan kanak-kanak sehingga hari ini. Permainan ini boleh menghiburkan pemain dan boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan Permainan ini bersifat umum dan terbuka serta tidak terhad kepada suatu jantina sahaja. Permainan ini juga bertujuan untuk menguji pemain supaya bertindak dengan pantas dan menggunakan kemahiran pergerakan yang ada dengan baik. Seperti kebanyakan permainan kanak-kanak yang lain, permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan.

Kanak-kanak mampu mempamer kecerdasan fizikal melalui permainan seperti ini. Hala ini kerana permainan ini memerlukan pergerakan anggota badan dan pemikiran yang cerdas. Pemain akan dididik dengan sikap berwaspada dengan bahaya yang bakal menimpa dan cara-cara serta strategi yang cemerlang untuk mengelakkan bahaya tersebut. Kanak-kanak berada dalam usia perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek sama ada fizikal mahupun mental. Kecergasan tubuh badan dan kecergasan minda perlu dipupuk untuk menghasilkan kejayaan seseorang individu.

Kesesuaian permaianan ini dalam kalangan kanak-kanak menjadi penyebab utama popular hingga ke hari ini. Permainan seperti ini adalah warisan hiburan terdidik yang sangat berharga buat generasi hari ini dan generasi akan datang.

KUMPULAN SASARAN

§ Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun pada kebiasaannya.

§ Permainan ini juga boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki mahupun perempuan dan tidak menjurus ke arah satu aspek jantina sahaja.

§ Secara amnya, permainan ini sesuai untuk semua kanak-kanak.

PROSES PENYEDIAAN PERMAINAN

· Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 11 pemain, di mana salah seorang daripada pemain akan diundi untuk menjadi Datuk Harimau dan selebihnya akan menjadi mangsa kepada Datuk Harimau tersebut.

· Cara undian yang dicadangkan ialah mengambil 11 batang kemuncup yang tidak sama panjang. Cabutan dilakukan.

· Pemain yang mendapat batang kemuncup yang paling pendek akan menjadi Datuk Harimau.

· Permainan ini perlu dimainkan di padang sekolah atau tempat yang sesuai yang mempunyai kawasan yang luas agar lebih selesa untuk mangsa menyelamatkan diri daripada ditangkap Datuk Harimau.

· Kemudian pemain perlu menyediakan tali untu digunakan sebagai tanda untuk mangsa berada di zon selamat daripada tangkapan Datuk Harimau.

· Apabila semua ini sudah dilakukan, maka permainan ini bolehlah dimainkan.

PERATURAN PERMAINAN ATAU CARA BERMAIN

· Sekiranya terdapat 11 orang pemain, undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menjadi Datuk Harimau.

· Apabila undian sudah dilakukan, maka permainan ini akan bermula.

· Datuk Harimau akan berjalan di hadapan secara perlahan-lahan dan diekori pemain lain di belakang. Pemain perlu berhati-hati mengikut Datuk Harimau.

· Sambil mengikuti Datuk Harimau, pemain-pemain lain akan bertanya kepada Datuk Harimau, ”Tuk...tuk...tuk...pukul berapa Datuk Harimau...?”

· Setiap kali ditanya, Datuk Harimau akan menjawab bermula dari pukul 1.00 hinggalah pukul 12.00.

· Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab ”Pukul 12.00,” Datuk Harimau akan mengejar semua pemain.

· Pemain berlari melepasi garisan kawasan selamat. Pemain yang berjaya ditangkap akan menjadi Datuk Harimau.

· Sekiranya Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana pemain, maka permainan akan diulangi semula.

· Permainan boleh diberhentikan atas persetujuan semua atau majoroti daripada pemain.

BORANG PEMARKAHAN

REFLEKSI INDIVIDU

Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau pada pengamatan saya merupakan satu bentuk permainan yang sangat menarik dan sesuai untuk golongan kanak-kanak. Permainan ini juga mendidik jiwa kanak-kanak supaya cekal, tabah, berani, bertanggungjawab dan menjaga keselamatan diri daripada terdedah kepada bahaya. Hal ini dapat dilihat dalam permainan ini ketika mana Datuk Harimau membuat perkiraan nombor, para pemain bersedia untuk lari menyelamatkan diri dan perkara ini akan melahirkan sikap kepekaan yang tinggi dan boleh dipraktikkan oleh kanak-kanak dalam situasi yang memerlukan mereka bertindak tanpa arahan tetapi hanya berpandukan pada isyarat atau amaran yang dikeluarkan.

Permainan ini satu warisan budaya yang mempunyai nilai kesenian yang tinggi dan berpotensi untuk berterusan dalam kalangan kanak-kanak masa kini dan zaman akan datang. Hal ini kerana ciri-ciri dan cara permainannya yang menarik dan mudah dipelajari. Sebagai warga yang mempunyai pengetahuan dalam bidang permainan kanak-kanak seperti ini, kita perlu menyampaikan ilmu tersebut kepada anak-anak zaman ini. Hal ini bertujuan mengelakkan hilangnya warisan seni yang menarik ini kerana faktor kehidupan masyarakat yang berubah secara drastik dan semakin maju.

Tambahan pula, permainan seperti ini menarik dan membina jatidiri dan bukanlah semata-mata permainan. Kelangsngannya dalam masyarakat akan menjadi tinggalan warisan yang bernilai terutamanya untuk anak-anak masa depan yang lahir dalam dunia berpaksikan kecanggihan teknologi yang pesat.

Sekian, terima kasih.

Mohammad Azhar bin Rasli

REFLEKSI INDIVIDU

Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau masih popular sehingga hari ini walaupun ia sudah lama dimainkan oleh orang-orang terdahulu. Permainan ini merupakan salah satu permainan rakyat dan permainan tradisional yang amat digemari dalam kalangan kanak-kanak. Ini kerana permainan Pukul Berapa Datuk Harimau mempunyai keistimewaannya yang tersendiri berbanding permainan tradisional yang lain. Pertandingan ini memerlukan mangsa dan pemangsa dimana mangsa perlu bijak untuk mengelakan diri daripada di makan oleh Datuk Harimau. Justeru itu, ia dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu untuk melakukan sesuatu tindakan bagi mengelakan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Ini kerana, dalam permainan ini, mangsa perlu berfikir secara pantas untuk melepaskan diri daripada Datuk Harimau.

Selain itu, permainan ini juga memerlukan daya pemikiran kreatif untuk melepaskan diri daripada Datuk Harimau. Seterusnya, kanak-kanak yang bermain permainan ini memerlukan stamina yang tinggi untuk bergerak atau berlari daripada dikejar Datuk Harimau. Permainan ini mudah untuk dimainkan kerana ia memerlukan Datuk Harimau dan mangsa-mangsa sahaja. Ini akan memudahkan kanak-kanak untuk bermain dan mereka tidak perlu untuk menyediakan apa-apa bahan untuk memainkannya. Permainan ini juga merupakan satu permainan yang menghiburkan dan memberikan ketenangan kepada kanak-kanak yang bermainnya. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat menghilangkan atau melupakan seketika tentang masalah yang mereka hadapi dan merupakan salah satu kaedah untuk menarik minat kanak-kanak dalam mencuba sesuatu yang baru.

Kesimpulannya, permainan ini harus diteruskan keran permainan ini merupakan tinggalan orang-orang dahulu kepada kita dan merupakan salah satu permainan tradisional yang perlu kita mengekalkan tradisinya dan cara-cara bermainnya agar permainan ini terus dimainkan pada masa hadapan.

Muhamad Khalil Bin Mokhtar

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : __________________________________________________

NO. MATRIK : __________________________________________________

KUMPULAN : ______________________________ SEMESTER : _______

MATA PELAJARAN : ________________________________________________

PENSYARAH PEMBIMBING : _________________________________________

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/ TANGAN PENSYARAH

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : __________________________________________________

NO. MATRIK : __________________________________________________

KUMPULAN : ______________________________ SEMESTER : _______

MATA PELAJARAN : ________________________________________________

PENSYARAH PEMBIMBING : _________________________________________

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

KOMEN

T/TANGAN PENSYARAH

LAMPIRAN

2 ulasan:

BBF always in our HEART berkata...

assalam . thanx for da sharing . btw sy sdang mbuat kkp for PJ n prmainan yg kmi plih pn sma. but can i know about the borang pemarkahan for this game ? sy x tw camna mw bt borang pmarkhn n apa yg mhu diisi ? hope u can respond . thanx again .

azhar berkata...

sy mintak maaf,lama sgt dah x update blog..