Jika diperhatikan pada sirah atau pun sejarah pada tahun ke 10 Hijrah iaitu selepas Rasulullah S.A.W kembali daripada Hujjatul Wida',baginda telah mengarahkan umat Islam bersiap sedia untuk menghadapi Rom.Rasulullah S.A.W juga telah mempersiapkan sebuah pasukan tentera untuk menghadapi Rom.Pasukan tersebut akan dipimpin oleh seorang anak muda yang bernama Usamah bin Zaid bin Harithah yang dimana ketika itu Usamah berumur antara 18 hinga 20 tahun.Jika diselidiki juga sebenarnya pasukan ini disertai oleh sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar malah turut disertai oleh Omar bin Khattab.
Perlantikan Rasulullah S.A.W terhadap Usamah bin Zain bin Harith sebenarnya mendapat penentangan dari beberapa golongan kerana mereka menganggap Usamah tidak layak memimpin pasukan tentera.Bersandarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Jika kamu membantah dan mengecam Usamah ,ia bererti kamu mengecam kepimpinan bapanya.Demi Allah,Usamah memang layak memikul tugas tu dan Usamah dari kalangan manusia yang baik".
Telah dicatatkan oleh Dr Said Ramadhan Al Buti di dalam Fiqhus Saerah bahawa Usamah bin Zaid bin Harithah telah diamanahkan pergi ke tempat berlakunya perang Mu'tah, di sana bapanya Zaid bin Harithah telah syahid dan Usamah bin Zaid bin Harithah telah di amanahkah untuk meninjau keadaah di Balqa' dan Darum di Palestine dan pada ketika itu terdapat golongan menafik yang membantah pelantikan Usamah bin Zaid bin Harithah sebagai panglima perang.
Telah dicatatkan di dalam Tarik Tabari bahawa walaupun ditentang oleh sebilangan golongan,pelantikan Usamah bin Zaid bin Harithah adalah suatu yang wajar apabila Usamah bin Zain bin Harithah berjaya melaksanakan misi pasukan tentera dan berjaya menguntungkan umat Islam ketika itu.
Pemuda Zaman Rasulullah diberi amanah dan sebagai pelapis.
Pemuda ketika zaman Rasulullah S.A.W diberi amanah untuk melaksanakan misi-misi mendaulahkan Islam,ini untuk memastikan jenerasi pelapis dari kalangan pemuda untuk mendaulah Islam terus wujud dan aktif.
Sahabat Rasulullah S.A.W yang muda juga pernah diberi amanah ketika Rasulullah S.A.W berhijrah di mana ketika itu Ali bin Abi Talib diberi amanah untuk tidur di tempat tidur Rasulullah S.A.W dengan tujuan memperdayakan kafir Quraisy untuk mengelakkan pergerakan Rasulullah S.A.W diketahui dan diserang oleh musuh Islam ketika itu.Ketika itu umur Ali bin Abi Talib adalah lebih kurang 19 tahun.
Jika diperhalusi sebenarnya ramai lagi para sahabat yang masih berusia muda namun mempunyai keberanian dan kemahiran tertentu serta diberikan amanah untuk memastikan Islam di daulahkan dan mereka berjaga melaksanakan amanah tersebut walaupun diusia muda..
Persoalan
Masih adakah lagi golongan pemuda zaman kini yang seperti pemuda zaman Rasulullah?
Jika tiada maka sama-sama kita wujudkan dan jika ada dan jumlah sedikit maka sama-sama kita perbanyakkan ia.
Wallahua'lam.
Selamat Datang
Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu
Sabtu, 2 April 2011
Pemuda Zaman Rasulullah S.A.W
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan