Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Rabu, 27 April 2011

Ada waktu kita sedih

Langit Ilahi Rotating Header Image
Motivasi: Ada waktu kita sedih.
Oct 17th, 2010
by Hilal Asyraf.




Ada waktu kita sedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang sedih dengan rupa parasnya, sedih dengan kejadiannya, sedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Kenapa saya cakap begini?

Entah.


Orang mukmin takkan bersedih lama.

Percayakah anda bahawa orang mukmin tidak akan bersedih lama?

Saya meyakini hal itu. Memanjang-manjangkan kesedihan, bukanlah sebahagian dari ciri seorang mukmin. Hatta Rasulullah SAW sendiri, bersedih hanya seketika. Baik ketika kematian anak-anaknya, mahupun kematian sahabat-sahabat baginda yang tercinta. Bahkan kesedihan itu tidak termuncul saat baginda menderita sakit diseksa, lapar, perang dan sebagainya.

Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan.

Perasankah kita, apabila kita memanjang-manjangkan kesedihan, apakah sebenarnya yang telah ‘kita hilangkan’ dalam kehidupan kita?

Allah SWT.

Ya. Seakan-akan Allah itu tidak wujud, dan membiarkan kita.

Seakan-akan Allah itulah Yang Zalim, dan Dialah yang sengaja membuatkan kita bersedih.

Benarkah?

Apakah bicara Allah berkenaan kesedihan?

Saya suka dengan ayat-ayat ini:

“Kami berfirman: Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 38.

” Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. “ Surah Al-Baqarah ayat 62.

“(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 112.

“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 262.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-Baqarah ayat 277.

“Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” Surah Ali Imran ayat 120.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Ali Imran ayat 139.

“Hai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, yaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: Kami telah beriman, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merobah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: Jika diberikan ini (yang sudah dirobah-robah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah. Barang siapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatu pun (yang datang) daripada Allah. Mereka itu adalah orang-orang yang Allah tidak hendak menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 41.

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.” Surah Al-Maidah ayat 68.

“Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Surah Al-An’am ayat 48.

“(Orang-orang di atas A’raaf bertanya kepada penghuni neraka): Itukah orang-orang yang kamu telah bersumpah bahwa mereka tidak akan mendapat rahmat Allah? (Kepada orang mukmin itu dikatakan): Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak (pula) kamu bersedih hati.” Surah Al-A’raf ayat 49.

Saya tidak tahu apa perasaan kalian apabila membaca semua terjemahan ini.

Tetapi saya, rasa lega.

Rasa tenang.

Rasa damai.

Bila bersama dengan Allah, ikut apa yang Rasulullah ajar, hidup bersungguh-sungguh mengamalkan Islam, ajak manusia lain buat kebaikan, itu semua hakikatnya memadamkan kekhuatiran, kesunyian, kesedihan, ketakutan dan sebagainya.

Betapa selepas membaca ayat-ayat tadi, jelas kepada kita bahawa, kita tidak sepatutnya menjadi manusia yang memanjang-manjangkan kesedihan mereka, terus jatuh dan jatuh ke dalam lohong hitam perasaan mereka.

Kita ada Allah.

Dan kehidupan kita bersamaNya memadamkan segala kenegatifan.

Penutup: Kesedihan adalah keperluan. Tetapi dosnya tidak boleh berlebihan.

Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, murabbi tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.

Kerana dia ada Allah di sisinya.

Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya.

source : http://ms.langitilahi.com/motivasi-ada-waktu-kita-sedih/

Rabu, 20 April 2011

Mai renung sama2...


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yang HARAM tetap akan HARAM......wallahualam ^_^

Selasa, 19 April 2011

INSAFLAH..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=160367444024353

Kita patut suburkan kisah Salahuddin selamat saudara seagama daripada kezaliman Yahud

i

ALHAMDULILLAH, semalam mengikut kalendar Islam bertarikh 27 Rejab 1431 Hijrah, umat Islam menyambut Israk Mikraj, peristiwa cukup besar dalam diari umat Islam. Firman Allah SWT bermaksud: "Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk: 1).
Ayat ini dinyatakan Syed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran: “Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang sudah dipilih Allah SWT yang Maha Halus dan Maha Mendalam ilmu-Nya.”
Perjalanan itu adalah tali menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sehingga kepada Nabi Muhammad SAW, penamat anbia, juga menghubungkan antara tempat suci seluruh agama tauhid.

Perjalanan yang menarik ini seolah-olah bertujuan mengisytiharkan bahawa rasul terakhir inilah yang mewarisi kepercayaan suci di kalangan rasul sebelumnya dan agama yang dibawanya mencakupi segala kepercayaan suci itu dan berhubung rapat dengannya.

Ia perjalanan lebih daripada batasan zaman dan tempat, merangkumi waktu dan ufuk lebih luas daripada seluruh zaman dan tempat. Ia mengandungi konsep lebih besar daripada yang dapat dilihat pada pandangan pertama.

Al-Quran menyebut Masjid al-Haram dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya” – menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.
Semalam, baru saja kita menyambut peristiwa bersejarah Israk Mikraj seperti pendapat yang dipilih al-Allamah al-Mansurfuri. Walaupun ada pendapat mengatakan tarikhnya berlainan seperti dibahaskan ulama al-Hafiz Ibn Hajr dan Imam al-Suyuti.

Antara pendapat ahli sejarah berkenaan tarikh Israk Mikraj ialah tahun Baginda diangkat menjadi rasul seperti pendapat al-Tabari, lima tahun selepas menjadi rasul, pendapat Imam al-Nawawi) dan al-Qurtubi, 16 bulan sebelum Hijrah, dua bulan sebelum Hijrah dan setahun sebelum Hijrah.

Berkenaan peristiwa agung ini, ia termasuk antara mukjizat Nabi Muhammad SAW. Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’arawi dalam tafsirnya mengulas dengan mukadimah Subhana yang membawa maksud Maha Suci Allah SWT kerana membicarakan peristiwa amat besar dan pelik yang luar biasa. Justeru, perlu diimani kerana ia perbuatan dan kehendak Allah SWT. Ini juga menunjukkan peristiwa Israk akan mendedahkan pelbagai perkara pelik yang menggambarkan sifat kudrat Allah SWT.

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya, Ibn al-Qaryah wal Kuttab mengenai zaman remajanya apabila beliau mendengar Almarhum al-Syahid Hasan al-Banna memberi ucapan sempena malam Israk Mikraj. Beliau mengaitkan dengan sikap dan kedurjanaan Yahudi. Hal ini jelas menunjukkan betapa isu ini sebegitu parah yang sepatutnya diberi perhatian umat Islam.

Untuk mendapatkan semangat Israk dengan Nabi SAW berkunjung ke Masjid al-Aqsa pada malam itu, penulis paparkan kisah penaklukan Baitulmaqdis oleh Salahuddin al-Ayyubi melalui buku Ulul Albab: Konsep dan Pengertian Menurut Syara. Ia antara lain menyebut – Penaklukan Baitulmaqdis:

“Kejayaan di Hittin itu adalah pendahuluan bagi penaklukan Baitulmaqdis yang diidami Salahuddin al-Ayyubi. Kehendak menawan Baitulmaqdis begitu membara dalam dada Salahuddin,” kata Ibn Shaddad.

Pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah, bertepatan hari Israk dan Mikraj, pada saat itu Sultan Salahuddin al-Ayyubi memasuki kota Baitulmaqdis. Ibn Shaddad menulis: “Itulah kejayaan segala kejayaan. Satu perhimpunan besar terdiri daripada pembesar, peniaga, ulama dan orang ramai berhimpun pada saat yang gembira itu.

Beberapa orang datang dari daerah pantai tatkala mendengar kemenangan sultan dan begitu juga seorang ulama besar dari Mesir dan Syria untuk mengucapkan tahniah. Teriakan ‘Allahu Akbar’ dan kalimah ‘La Ilahaillallah’ bergema di angkasa.

Sesudah 90 tahun, sembahyang Jumaat sekali lagi diadakan di Baitulmaqdis. Salib yang berkerlipan di atas kubah Masjid al-Aqsa diruntuhkan.

Sesungguhnya suasana ketika itu sukar dibayangkan, tetapi rahmat dan pertolongan Allah SWT dapat disaksikan di setiap tempat pada hari berkenaan. Mimbar mahal dibina di bawah arahan Nuruddin al-Zangi, 20 tahun lalu sudah dibawa dari Halab dan didirikan di dalam Masjid al-Aqsa.”

Sebagai penutup, penulis menukilkan pengamatan yang dibuat Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri melalui bukunya, al-Rahiq al-Makhtum: “Dalam surah al-Israk, pembaca akan melihat Allah SWT menyebutkan kisah itu dalam satu ayat saja. Selepas itu Allah SWT menyebut keburukan dan dosa orang Yahudi. Kemudian Allah SWT mengingatkan mereka bahawa al-Quran ini benar-benar menunjukkan ke arah jalan lurus.”

Mungkin pembaca menyangka dua ayat ini tiada sangkut paut. Sesungguhnya Allah SWT mengemukakan pendekatan ini untuk memberi kefahaman bahawa peristiwa Israk berlaku dengan dibawa Nabi SAW ke Baitulmaqdis kerana orang Yahudi akan disingkirkan daripada menjadi pemimpin umat manusia disebabkan mereka melakukan pelbagai dosa.

Allah SWT akan memindahkan kepemimpinan ini kepada Rasul-Nya dan menyatukan untuknya dua pusat dakwah Nabi Ibrahim kerana sudah tiba masa kepemimpinan kerohanian bertukar daripada umat yang sejarahnya dipenuhi pengkhianatan dan dosa kepada umat yang melahirkan kebaikan dengan rasulnya sentiasa mendapat wahyu al-Quran yang menunjukkannya ke jalan yang lurus.

Semoga Allah menjadikan kita bersatu bagi mengambil semangat Salahuddin membantu saudara di Gaza dan seterusnya membebaskan bumi Palestin daripada belenggu dan cengkaman Zionis laknatu

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.


Berikut adalah nasihat dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :

"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :

"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

“Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya,

Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya,

perkara ini disabdakan oleh Rasulullah : “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” HR. Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain.

Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Disamping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukanlah berburuk sangka.

Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.

“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah “

Wallahu 'alam

9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati ke arah kebaikan:


1. Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2. Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan.
3. Bangun malam dengan beribadat.
4. Bermunajat pada waktu sahur.
5. Berdamping dengan orang Soleh.
6. Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat.
7. Uzlah daripada orang jahil.
8. Jangan selalu bersama mereka(orang jahil).
9. Makan benda yang halal.

Kesan Minum AIS.


Hebahkan kepada kenalan anda dan yang anda sayangi Kesan Minum AIS Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup... PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!. **Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

AGARKAN ANAK TIDAK MENINGGALKAN SEMBAHYANG


Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Demikianlah hakikat pendidikan. Dalam konteks sembahyang, menanamkan kecenderungan sembahyang ini perlu dimulakan sejak awal lagi.

1.

Pamerkan sembahyang kita di hadapan anak-anak dengan mengenakan pakaian yang lengkap (bagi lelaki eloklah berjubah dan berserban). Biarkan anak-anak melihat sahaja.
2.

Suatu ketika nanti mereka akan sibuk hendak mengikut. Pada waktu ini buatkan pakaian khusus untuk mereka, seperti memakaikannya kupiah, serban dan jubah (bagi yang lelaki) dan telekung (bagi yang perempuan).
3.

Seminggu sekali sekurang-kurangnya, apabila selesai mengaji suruh mereka mengenakan pakaian sembahyang masing-masing dan ajarkan mereka sembahyang. Bacakan bacaan-bacaan sembahyang itu dengan kuat dan lambat-lambat supaya mereka dapat tiru (ajukkan).
4.

Betulkan juga gerak laku sembahyang mereka seperti bagaimana cara yang betul mengangkat takbirratul ihram, rukuk, sujud dan lain-lain.
5.

Sering-sering bawa mereka ke masjid atau sengajakan berhenti di masjid atau surau sewaktu dalam perjalanan. Tunaikan sembahyang secara berjemaah.

Saiyidina Ali Dengan Seorang Nasrani Tua



Suatu hari Saiyidina Ali Karramallaha Wajhah tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah " Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidin Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali meredah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

BERSATU ADALAH KEWAJIPAN DAN BERPECAH ADALAH JENAYAH



100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
101. dan Bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan Dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka Sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan Yang betul (lurus).
102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.
103. dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
104. dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.
105. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), dan mereka Yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa Yang besar.
106. (ingatlah akan) hari (kiamat Yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
107. adapun orang-orang Yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada Dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.
(ALI IMRAN:100-107)

Akhlak Rasulullah saw

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Musuh Islam

KEPADA RAKAN2 FB SAYA YG BERAGAMA ISLAM....SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA..
oleh Afendi Marine pada pada 20hb Mac 2011 pukul 7.15 ptg
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM..

Isnin, 18 April 2011

kasih ibu tiada bandingan

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...(Aqu amik Dari Satu Web,Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...)
Share
Saturday, April 10, 2010 at 1:47am
Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....Mak tau tak.......itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya....Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......mak macam dah sedia.....Seminggu sebelum tu......mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi......ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran... ....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter.....Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital.....nurse tengah balut mak dengan kain putih.......mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannnMak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....Mak......Kiter masih ingat lagi....Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak.....?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni...tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak....!Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya..!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib....Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak.....nak cakap dengan mak.....anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."Dan akhirnya akak juga nangis.....Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk univesiti....sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang...sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

kata bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Ahad, 17 April 2011

Perbezaan 'SEDIKIT' kita dengan Rasulullah SAW



Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tido

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

bila kite nak berusaha untuk kejar perbezaan yang "HANYA SEDIKIT ITU"?

Sabtu, 16 April 2011

mesra sekali

hari itu, aku lihat mereka,
riang sekali,
senyuman terpamer di bibir,
terlukis indah di wajah mesra,
anak-anak kecil itu,
bersama bermain,
ceria umpama pelangi pagi,
apa yang membuat mereka,
begitu gembira bersama,
rasa mesra tertanam di jiwa,
tersemai baik di sanubari,
mereka penyeri dunia,
penenang hati yang gelisah,
pengubat jiwa yang berduka,
mereka anugerah alam paling berharga,
bersih, suci, murni,
mereka anak bertuah,
dunia hari ini...
menarilah dan terus tertawa,
walau dunia tak seindah surga,
bersyukurlah pada yang Kuasa...

Rabu, 6 April 2011

IMAM FAKHRUDDIN ARRAZY[1]

AL-QURAN SU’BAH TAFSIR

FAKULTAS USULUDDIN AL-AZHAR UNIVERSITY

ZAGAZIG

IMAM FAKHRUDDIN ARRAZY[1]

Oleh: Al- Ibnu qasim[2]

Tidak sepatutnya bagi orang-orang Mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agamadan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

(At- Tauhah/9: 122).

A.Iftitah

NIKMAT !!! Bersyukur adalah merupakan tanda keta'atan kita kepada Allah SWT. Kaki yang kita miliki tidak akan bisa bergerak tanpa izinNya, tangan yang kita punyai tidak akan bisa menulis tanpa kasih sayangNya, yang tidak kalah pentingnya adalah kajian yang kita adakan ini, lancar dan suksesnya merupakan kasih sayang dan pertolongan Allah. Dengan secanggih apapun alat yang kita gunakan untuk menghitung nikmat Allah pasti tidak akan bisa menghitungnya karna ini merupakan janji Allah dalam Alqur'an. Artinya,"dan jika kamu hitung nikamat Allah pasti kamu tidak akan sanggup menghitungnya"[3]. Islam merupakan agama yang kamil dan syamil, yang mana dalam islam seluruh aspek kehidupan dikajinya secara mendetail, baik dalam bidang ekonomi,politik,pemirintahan,kemasyarakatan,keluarga, dan bakan sampai sekecil apapun yang bersangkut paut dalam kehidupan ini, sudah diatur oleh Islam. Selawat beserta salam untuk nabi kita Muahammad SAW yang telah begitu sabar dan tabah dalam mengembang agama yang diredoi Allah SWT. Saya yakin kita yang hadir ini akan sepakat bahwa kita akan selalu berusaha untuk melanjutkan estafet dakwah nabi kita Muhammad SAW, tanpa ragu dan bimbang kita akan sanggup mengorbankan apa saja demi tegaknya agama Allah yang mulia ini.

Ya Ikhwah. Alangkah beruntungnya kita pada sa'at ini bahwa kita berusaha mendalami dan menambah ilmu kita untuk lebih pahamnya dengan apa yang dimaksud dengan Alqur'an, dan bisa mengenal para ulama terdahulu yang telah lebih dahulu membahas tentang semua ini. Tepatlah pada sa'at sekarang ini penulis akan coba memaparkan seoarang ulama tafsir yang terkemukan dalam bidang ini, yang tidak asing lagi namanya di memory kita yaitu "fakhruddin arrazy". Insayaallah akan kita paparkan dengan sebagus mungkin.

Doa merupakan senjata bagi orang mukmin, dengan ini marilah kita doakan semoga penulis dan kita yang hadir ini menjadi orang yang selalu Allah lancarkan dalam segala aktifitas dan Allah najahkan setiap tahun, serta bisa menjadikan perkumpulan kita ini berfa'at dunia dan akhirat. Amien.

B. Siapakah dia?

Dia adalah seorang ulama yang sangat terkenal dimasanya dan bahkan sampai sekarang, dan juga selalu disebut2 namanya baik dikalang mutakallim[4] dan ahli lughah apalagi dikalangan ahli tafsir. Ternyata beliau bernama Muhammad bin 'Amru bin Husain bin Hasan bin 'Ali abu 'Abdullah fakhruddin arrazy Alquraisyi alkubra Attaimy, yang sangat mengejutkan kita adalah bahwa beliau keturunan Abu bakar assiddiq radhiallahu anhu. Dengan begitu banyaknya ilmunya dan mulia akhlaknya serta keturunannya maka muncullah gelar-gelar yang begitu banyak terhadap dirinya, diantaranya Abu 'abdullah, abu fadhli, abul ma'ali dan paling masyhur dengan panggilan Al-fahkri arraziy atau Fakhruddin araziy. Beliau dilahirkan dikota Array pada tahun 544 hijriyah dan diwafatkan dihari raya idul fitri bertepatan dengan tahun 606 H. Dikota hirah[5]. Ada juga juga perbedaan tentang kelahiran beliau seperti yang dikemukan oleh doktor Muhammad bin Muhammad abu syahibah yang ditulisnya dalam kitabnya israilyyat wal mauhdu'at, bahwa imam yang bermazhab syafii ini dilahirkan di iraq yang tepatnya dikota Array pada tahun 543 hijriyah[6].

C. Perjalanannya

Sekian banyak para ulama yang terkenal dan kita kenal, mayoritas mereka itu selalu keluar dari ngerinya demi untuk menuntut ilmu agama yang selalu diiringi dengan pegorbanan yang tinggi baik dalam segi harta apalagi jiwa dan raganya, namun semua yang dikorban kan itu terasa manis karna semua perjalanan mereka itu ikhlas dan selalu dibawah lidungan Allah SWT, seperti imam Arrazy yang sedang kita bahas ini, beliau juga mengalami perjalanan yang panjang dalam menuntut ilmu. Dari negrinya array berangkat ke negri khurasan, yang mana dikhurasan itu banyak ulama besar yang berasal dari negri itu seperti Abdullah bin mubarrak, imam bukahri, imam turmuzi, dan ulama besar lainnya. Dari khurasan atau lebih dikenal lagi dengan bukhara, imam Arrazy melanjutkan perjalanan nya keiraq, terus ke syam. Namun lebih banyak waktunya digunakan di khawarzim[7] untuk belajar memperbanyak ilmunya, kemudia beliau berangkat kenegri kota hirah di daerah afganistan sampai diwafatkan pada tahun yang telah disebutkan diatas[8].

D. Keahliannya dari segi ilmu agama.

Sebagaimana yang kita kenal bahwa imam fahkruddin arrazy adalah ahli tafsir yang dari tarsir birakyi, ternyata beliau bukan hanya saja ahli tafsir akan tetapi banyak ilmu-ilmu lain yang dikuasanya. Beliau juga dikenal dengan ahli usul luddin, usul fiqhi, ahli kalam, falsafah, ahli lughah, Mengetahui ilmu naqli dan akli, ilmu kauniyah dan tabi'iyyah.Dengan itu banyaklah karangan beliau yang berhubungan dengan ilmu yang beliau miliki dan kuasai[9].

Imam yang berakidah ahlisunnah ini juga banyak banyak membahas yang bersangkut paut dengan akidah dikarnakan pada zaman beliau banyak terjadi perselisihan tentang akidah maka beliau sangat besar perannya dalam menjawab seluruh penyelewengan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli falsafah dan juga para pembesar mu'tazilah yang sempat menghebohkan umat pada masa itu, dengan keahlian imam Arrazy ini sanggup membantah dan menjawab dari permasaalahan yang ada yang dijawab dengan dalil akal dan naqli dan beliau cari mana yang sesuai dengan akidah ahlisunnah beliau ambil dan yang bertentangan dengan ahlisunnah beliau bantah habis-habisan walaupun dengan menggunakan dalil akal, sebab dikalangan mu'tazilah itu selalu mendahulukan dalil akal dari pada dalil naqli. Terkhusus penafsiran tentang ayat-ayat kauniyah dan ayat-ayat mutasyabihat merupakan suatu permasaalahan yang sangat banyak dibutuhkan oleh umat dimasanya, maka beliau menerangkan secara gamblang dan mendetail tentang penafsiran ayat-ayat tersebut.

Imam fakhruddi arrazy banyak menjelaskan tentang musabah[10]surat dan ayat dengan mengemukakan ilmu riyadah, thabi'iyyah,fulkiyah, falsafah dan pembahasan ilahiyat yang bersandar kepada akal dan langsung disebutkan pendapat para ulama fikih, hal ini desebabkan tuntutan umat pada masanya[11].

E. Sekilas tentang tafsir Arrazy.

Dengan begitu banyak perjalanan dan kesibukan imam Arrazy beliau masih sempat menafsirkan alqur'an dan menulisnya, ini salah satu kelebihan dari imam Arrazy yang bisa membagi waktu dengan begitu bagus, padahal pada masa beliau itu banyak yang diperdebatkan tentang masaalah akidak yaitu antara akidah ahlusunnah dengan mu'tazilah, namun ulama yang satu ini tetap menyisakan waktunya untuk menulis yang berkaitan dengan tafsir Alqur'an.

Salah satu tafsir yang sangat terkenal adalah tafsir Fakhruddin arrazy yang dikolompokkan oleh ulama tafsir kepada tafsir birakyi. Walaupun tafsir beliau dikelompokan sebagai tafsir birakyi namun sangat banyak istifadah yang bisa diambil dari tafsir beliau itu. Salah satu keistimewaan tafsir beliau adalah banyak mengemukakan dan mencocokan dengan kondisi umat yang ada didunia ini seperti masaalah olah raga dan masaalah keajaiban alam dan masaalah balagah alqur'an, apalagi beliau terkenal juga sebagai seorang pakar lugah.

Tafsir yang ada ditengah umat sekarang yang berjumlah 8 jilid itu. Ternyata bukan berasal dari beliau semuanya akan tetapi ada 2 orang ulama yang menyempurnakan setelah beliau wafat, itu semua disebabkan karna sebelum tafsir itu sempurna malaikat maut sudah mengambil nyawa beliau. Makanya beliau hanya sempat menafsirkan alqur'an sampai surat al-ambiyakdan setelah itu dilanjutkan oleh imam Syihabuddin al-hauby tahun 639 Hijriyah, di damasykus, dan setelah itu dilanjutkan oleh imam Najamuddin almakhzumy al-qamuly. Pada tahun 727 Hijriyah di mesir.[12]

Ibnu qahdi syahibah mengatakan: sesungguhnya Fakhruddi arrazy tidaklah menyempurnakan tafsirnya[13]. Ibnu hajar juga berkomentar tentang ini. Tafsir imam fakhruddin arrazi disempurnakan oleh najamuddin alqamuly[14].

Walaupun tafsir Arrazi disempurnakan oleh ulama setelahnya namun tidak ditemukan perbedaan dalam menafsirkannya karna manhaj dan jalur ketiga ulama ini sama walaupun berbeda zaman. Maka sipembaca tidak akan bisa membedakan mana yang asli dari imam Arrazi dan mana yang ditambah oleh ulama yang setelahnya itu[15].

Dari sekian banyak ulama yang meneliti tentang tafsirnya Arrazy, maka ditemukanlah beberapa keistimewaan yang terdapat dalam tafsirnya.

1. Dia sangat mengutamakan tantang munasabah surat dan ayat dengan keilmuan yang yang berkembang.

2. Dia bisa menghubungkan tafsir itu dengan ilmu riyadhah dan falsafah.

3. Dia bisa menjelaskan tentang akidah yang yang berbeda dan bisa mencocokan dimana pebedaan itu.

4. Dia mengemukakan tentang balagah alqu'an dan menjelaskan beberapa kaidah usul.[16]

Dengan ini seorang ulama yang bernama Ibnu atiyah mengunggkapkan.Padanya itu ada semuanya kecuali tafsir[17].

f. Karya-karya Arrazy

Dari sekian banyak tulisan imam Arrazy ada beberapa karangannya yang banyak dipakai oleh umat dan banyak yang mengambil menfaat dari karangannya tersebut.

1. Attafsir alkabir yang ma'ruf dengan mafatihul ghaibi

2. Ikhtisar dalailul 'ijaz

3. Asrarul tanziil wa anwarul takwil

4. Albayan wal burhan fi radi 'ala alhli zaighi wa thughyan[18]

dan banyak karangan lainya.

G. Mauqif Arrazy pada israiliyat.

Mafatihul ghaibi nama tafsirnya yang sangat kita kenal, yang mana tafsirnya ini sangat banyak di gunakan dan dibaca oleh umat pada masa sekarang sebab tarfsirnya itu mempunyai ciri khas tersdiri yang tidak ditemukan ditafsir yang lain, dengan ini tentu kita penasaran. Apakah dalam tafsirnya itu ada israiliyyat??

Setelah diteliti oleh para ulama seluruh tafsir yang terkenal ternnyata semua tafsir pasti ada terdapat didalamnya israilyat namun betuk pengambilannya dan kadar banyaknya itu yang yang berbeda setiap tafsir. Ternyata dalam tafsir Arrazi juga terdapat israilyat namun sangat sedikit sekali dan bahkan hampir tidak ada. Tujuannya nya menulis israilyat dalam tafsir adalah untuk membantah dan meluruskan kepada kisah yang sebenarnya. Seperti kisah harut dan marut, kisah daud,sulaiman,dan banyak kisah yang lainnya. Disilah peran Imam Arrazi untuk meluruskan kembali kepada kisah yang benar yang berasal dari hadis yang sohih. Kalau ada diantara umat yang berani menulis tentang menentang rasulullah SAW, maka imam Arrazi akan menulis dalam tafsirnya dan langsung dibatalkannya.[19]

H. Penutup

INTAHA!!! Semoga dengan tulisan yang sangat terbatas ini ikhwah dan siapa saja yang membacanya dapat memperoleh manfaat. Dengan segala kekurangan dan kehilafan yang terdapat dalam tulisan ini penulis mintak maaf, semoga kekurangan itu tidak terulangi lagi. Amien.

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah." (QS 33:47)