Ketika beumur 5 tahun, aku mulakan alam persekolah di pusat asuhan tunas islam (PASTI) Al-Irshad, Pondok Tuan Guru Hj Abdul, Kubor Panjang, pendang. Aku di situ selama 2 tahun.. aku antara yang paling nakal pada zaman anak-anak di situ.
Setelah berusia 7 tahun, aku memulakan persekolahan di sekolah kebangsaan kubor panjang sehingga tamat darjah 6.
Setelah itu, aku menerima tawaran belajar ke sekolah menengah kbangsaan agama sik, kedah. aku di itu dari tingkatan 1 hingga tamat tongkatan 5. setelah itu aku menyambung tingkatan 6 di sekolah menengah kebangsaan agama kedah, alor setar selama setahun.
belum sempat menduduki stpm, aku mendapat tawaran belajar ke institut pendidikan guru kampus darulaman, jitra..
Pada 28 jun 2010, aku mendaftar diri di ipg kampus darulaman.. aku agak sedih meninggalkan smk agama kedah, belum puas rasanya menikmati kehidupan di tempat itu, tapi aku gagahi juga demi masa hadapan ku..
aku sebagai manusia, akur dengan ketentuan Allah swt terhadap diriku. Di IPDA, aku rasa sangat jemu, tiada apa dapat aku lakukan. Aku rindukan adik di sekolah. Tiap2 minggu , aku ke sekolah. Tiada apa yang aku harapkan, melainkan hanya untuk bertemu dengan adikku itu. Aku dihimpit rasa sunyi yang sungguh luar biasa. Aku lalui semua itu. Kadang2, bila terlalu sunyi, aku pinjam motor kawan2ku, lalu terus aku ke sekolah. begitulah aku. aku pun kadang2 pelik, hadir rasa rindu yang sangat dalam terhadap adik di sekolah.
aku lalui kehidupan di sini dengan rsa yang biasa, tiada keseronokkan, cuma yang berbeza di sini, cara pembelajarannya yang agak releks berbanding di sekolah. aku cuba hiburkan hatiku di sini, aku cuba berniaga, agak menggembirakantapi hanya seketika. aku sunyi di sini. aku kurang berminat dengan hal pentadbiran. aku tak minat terhadap sesuatu yang terpaksa aku korbankan waktuku untuk itu.
aku tercari-cari, indahnya warna pelangi. ada apa di sebalik wajah, jika hati tidak terhibur. aku kurang berminat berbual kosong dengan kawan2 sebaya. aku boring dengan topik2 remaja. aku boring dengan sifat ingin lebih dan mahu menonjol diri. aku mahu biarlah aku tidak dikenali dan hidupku tidak diganggu. biarkan aku melayani hidupku tanpa gangguan. jangan bebani aku dengan tugasan yang menderitakan perasaanku.
aku sangat tak suka dengan sikap berpura-pura, lakonan semata-mata. uah berlagak hebat kalau diri tak hebat mana. jadilah diri yang sebenar-benar dan perbaikki secara teliti kelemahan yang ada, itu lebih bermakna.
aku minat pada kehidupan kanak-kanak, hidup mereka jauh dari kepura-puraan. wajah mereka bersih dan ikhlas. hati nurani mereka tidak hipokrit.
aku sayang kanak-kanak.
pada mata mereka terlihat sinar indahnya dunia, tenangnya barzakh, bahagianya akhirat..
2 ulasan:
kalau terasa sunyi n teringatkan zaman persekolahan bleh gak en.azhar ke sek...bg kami yg jauh ni hnya mengharapkan cuti semester..tu pn kadang2 sempat ke sekolah kadang2 x...kadang2 tu bla cuti sem sek pn cuti sama...hmmm...
mcm tu la kita, yg dkat ni pun bukan bleh p slalu..x sempat jgk
Catat Ulasan