Mati itu dekat!
Berita utama dalam akhbar metro semalam betul2 membuatkan saya termenung seketika. Seorang ustazah bersama anaknya yang berusia 10tahun mati dibunuh dengan kejam dengan tangan dan kaki mereka terikat. Siapa dalangnya biarlah Allah saja yang menghukum. Takdir juga telah ditetapkan, pada saat itu malakatul maut menjalankan tugasnya dengan penuh taat dan tepat keatas dua hamba Allah itu.
Melihat seseorang yang berstatus ustazah dibunuh dengan kejam sebegitu pastilah menimbulkan pelbagai persoalan. berrmacam andaian, rasa geram. Sebenarnya ramai juga yg mati dibunuh hari2 terpampang kat dada akhbar, tapi entah kenapa kejadian yg satu ni betul2 mengusik jiwa. Dia pastinya tidak pernah terfikir akan 'dijemput kembali' pada akhir ramadhan ini, dengan cara yang sebegini. Allah sudah menetapkan segalanya. Begitu juga dengan arwah Din beramboi yg mungkin tidak terfikir langsung yang tahun lepas adalah ramadhan terakhirnya, yasmin ahmad juga begitu, siapa sahaja..tiada seorang pun tahu kapan datangnya ajal. Allah jualah yg Maha mengetahui.
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al-Jumu'ah:8)
Dan tiada seorang jiwa pun yang mengetahui di belahan bumi manakah ia akan mati (Luqman: 34).
Dan bagi kita yang hidup ni, yang hari-hari menyaksikan berita kematian mereka yg lebih awal dijemput, apa yang kita dapat daripada sebuah khabar kematian? Apa yang kita rasakan? adakah sekadar kasihan seminit untuk mereka yg mati sakit atau accident atau terbunuh atau dibunuh? menyimpan geram seminit untuk pembunuh?
Daripada kematian orang lain itu juga, dapatkah kita rasakan yang mati itu dekat? Amat dekat sekali.
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” tanya Imam Al Ghazali kepada murid-muridnya. Lalu murid-muridnya pun menjawab bahwa yang paling dekat dengan kita adalah orang tua, guru, sahabat, dan teman. Imam Al Ghazali membenarkan jawaban muridnya. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Sebab itu merupakan janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti merasakan mati (Ali Imran : 185)
Ambillah iktibar dari khabar sebuah kematian. Agar hati kita tidak terlalai dengan dunia. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati." (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Selalu sangat kita lupa, antara terlupa atau pura2 lupa, entah yang mana satu. Yang pastinya, kehidupan dunia ini bukanlah detinasi kekal.
Jangan nanti bila sudah terlewat, tiada lagi alasan di hadapan Allah, tiada lagi peluang kembali. Ambillah masa yang ada ni..Cubalah menjadi kuat, sabar untuk selama hidup ini demi mencapai kebahagiaan yg sebenarnya disana nanti. Biar kita benar-benar mujahadah. Biar kita jadikan kematian itu tidak menakutkan jika kita benar bersedia. Biar kita jadikan kematian itu sebagai istirehat buat kita yang lelah meredah dunia. Perbanyakkan amalan, ikhlaskan ibadah semoga diterima Allah, Semoga termasuk kedalam golongan yg diredhai Allah, dunia akhirat.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan