Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Selasa, 19 Oktober 2010

pesan abang.!!!

lidah lembut tak bertulang mudah menuturkan apa sj yang terlintas di dalam hati, tapi nak melaksanakan apa yang dikata bukan satu perkara yang mudah kerana setiap perbuatan itu lebih berat daripada percakapan.....

dulu masa kita kecil, semua senang, mak ayah tolong uruskan,
tapi sekarang kita dah besar, takkan nak mengharap pada baba dan mama lg, kita perlu berdikari dan mencari jalan hidup sendiri..
kita manusia, kesilapan dalam membuat percaturan itu lumrah kehidupan..sebagai pengalaman dan asam garam kehidupan..
dari kesalahan terbit pembetulan dan kecekapan..

dulu,
masa kita sekolah rendah, mak dan ayah lah orang yang paling rapat dan dekat dengan kita,
pergi sekolah pun minta mak dan ayah temankan..
kesian ayah kita tunggu dari pagi hingga tengahari,
ayah sanggup tunggu kita..
termenung ayah sorang-sorang di luar kelas..
kadang2, bila ayah tak sempat,
emak pula akan menjaga kita,
kita masa tu skit2 nak nangis.

kemudian kita besar sikit..
masuk sekolah menengah..
ada yang ayah hantar ke asrama..
tiap2 hari kita telefon mama dan baba,
nangis nak balik..
puas ayah sabarkan kita..
tiap2 minggu ayah datang melawat kita..
sanggup untuk menghilangkan kesedihan kita..
walaupun sekolah kita jauh...

dan sekarang..
kita dan habis sekolah menengah..
kita dah ramai kawan..
kita dah tak nangis mcm dulu lg...
kita dah tak minta mak ayah kita tunggu di luar bilik kuliah..
kita dah pandai memilih..
kita dah sedikit matang...

tapi..
wahai adik dan sahabat,
di saa inilah kita selalu lupa tentang mak dan ayah kita,
kita dah lupa, ayah yang tunggu kita depan bilik darjah dulu..
kita dah lupa emak yang tiap2 pagi menyikat rambut kita,
masa kecil dulu...
kita dah lupa ayah yang selalu melawat kita kat asrama dulu..

wahai adik...
sekarang kita dah besar panjang..
kita mula pandai bermain cinta..
kita dah jarang telefon ayah dan ibu...
kita dah jarang memikir tentang keluarga kita ...

ingat wahai adikku sayang...
jangan mudah kita lupa...
pada ibu dah ayah..
yang bersusah payah membesarkan kita..

mereka dengan kita tak lama..
sampai masa mereka kan pergi..
di saat itu..
menyesal sudah tiada guna..

ingat pesan abangmu ini..
wahai adikku sayang..

Tiada ulasan: