Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Ahad, 7 Oktober 2012

Warga emas bermotosikal maut dilanggar kereta



07/10/2012 2:51pm

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas maut dalam perlanggaran melibatkan motosikal yang ditunggangnya dengan sebuah kereta di Kampung Pak Katak di sini petang semalam.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Che Rusilan Che Ya berkata, Embong Jusoh, 69, dari Kampung Pengkalan Arang di sini meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.15 petang.
"Mangsa dengan motosikal melintas dari kiri ke kanan Jalan Tengku Mizan di Kampung Pak Katak berlanggar dengan kereta dari arah Batu Enam yang dipandu oleh seorang wanita.
"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Che Rusilan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - BERNAMA

Tiada ulasan: