Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Ahad, 7 Oktober 2012

Polis Israel serbu Masjid al-Aqsa



Aljazeera terjemahan Mohd Nor,06 Okt 2012
Polis Israel telah memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa di Bandar Lama Jerusalem dan melemparkan bom bising untuk menyuraikan puluhan penunjuk perasaan yang membaling batu ke arah mereka.

Serbuan Jumaat lalu berlangsung selepas beberapa hari pertempuran di masjid, ujar polis dan saksi. Beberapa saksi berkata polis juga telah menggunakan gas pemedih mata.

Tidak lama kemudian, Jordan mengkritik polis Israel, mengatakan bahawa dasar Israel bertujuan untuk "mencetuskan keganasan agama" di rantau ini.

"Jordan mengutuk serbuan di perkarangan masjid serta menyerang mereka yang tidak bersenjata," Samih Maayatah, Menteri Maklumat dan jurucakap kerajaan, berkata dalam satu kenyataan Jumaat lalu yang dikeluarkan oleh agensi berita yang dikendalikan keraajan, Petra.

"Dasar Israel terhadap tapak suci Islam dan Kristian di Jerusalem bertujuan untuk mencetuskan keganasan agama di rantau ini."

Beliau menuntut masyarakat antarabangsa untuk "menghentikan pencabulan seperti ini".

Dua orang telah tercedera dan seorang telah ditangkap kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld.

Pergelutan tercetus selepas suasana tegang beberapa hari di kawasan tersebut, yang disebut sebagai Haram al-Sharif oleh umat Islam dan Temple Mount oleh orang Yahudi.

Masjid tersebut adalah sebahagian dari tapak yang dihormati oleh orang Islam dan Yahudi, dan merupakan sumber pergeseran antara kumpulan agama ini.

Ketegangan tercetus minggu ini selepas polis menahan warga Palestin-Israel yang cuba untuk menunaikan solat di perkarangan masjid.

Rusuhan maut meletus di tapak yang sama selepas lawatan oleh pemimpin pembangkang Israel, Ariel Sharon pada permulaan kebangkitan Palestin pada tahun 2000.

Sejak perang tahun 1967 di mana Israel merampas Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis dari Jordan, Jordan terus bertindak sebagai penjaga tapak suci Islam di Jerusalem.

Pada tahun 1994, Jordan menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Tiada ulasan: