Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Selasa, 17 September 2013

PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN


Kemahiran membaca al-Quran itu terdiri daripada beberapa peringkat, akan tetapi menurut pemeringkatan yang umum dan termasyhur, kemahiran bacaan al-Quran tersebut dibahagikan kepada empat peringkat atau tingkatan sahaja. Sejajar dengan pendapat yang masyhur di atas, Muhammad al-Sadiq Qamtahawy (1978) menyebut bahawa peringkat kemahiran membaca al-Quran tersebut terdiri daripada beberapa peringkat.
Peringkat kemahiran membaca al-Quran yang pertama ialah al-tartil. Bentuk ini merupakan bacaan al-Quran dilaksanakan dengan sempurna dan perlahan-lahan disertai dengan sebutan setiap makhraj dengan tepat sesuai dengan hukum dan sifatnya, juga disertai penghayatan terhadap makna ayat-ayat yang dibaca dan ianya merupakan bentuk bacaan yang paling afdhal.
Peringkat kemahiran membaca al-Quran yang kedua ialah al-tahqiq. Bentuk bacaan ini hampir sama dengan peringkat al-tartil tetapi bentuk bacaan dilaksanakan dengan lebih tenang dan perlahan-perlahan. Ianya untuk membetulkan bacaan makhraj huruf, menetapkan kadar bacaan mad dan dengung. Bentuk ini bersesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) al-Quran khususnya individu yang baru mempelajari al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.
Peringkat kemahiran membaca al-Quran yang ketiga ialah al-hadr.Bentuk bacaan al-Quran ini dilaksanakan dengan cepat akan tetapi masih tetap memerhati dan memelihara hukum-hukum tajwid bacaan al-Quran. Bentuk bacaan ini biasanya dilakukan oleh individu yang telah menghafal al-Quran supaya dapat mengulangi bacaannya dalam masa yang singkat. Peringkat kemahiran membaca al-Quran yang terakhir ialah al-tadwir. Bentuk bacaan al-Quran yang pertengahan atau sederhana ini, dilaksanakan dengan sifat pertengahan antara bentuk al-tartil dengan al-hadr serta tetap memelihara hukum-hukum tajwidnya.

Tiada ulasan: