Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Selasa, 17 September 2013

MODEL KHATAM AL- QURAN


MODEL 6 BULAN PROJEK RINTIS

Model 6 bulan ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama pada tahun dua hingga tahun lima. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu mengunakan Buku Iqra' 1 hingga 6.

Penjadualan Model 6 Bulan Khatam Al-Quran

Model 6 bulan Khatam Al-Quran akan menggunakan waktu Pendidikan Islam sebanyak 4 waktu dalam tempoh 6 bulan pertama waktu persekolahan. Pada masa yang sama murid yang belum menguasai bacaan Al-Quran akan membaca dengan bimbingan guru dan meneruskan kaedah IQRA’. Pada 6 bulan kedua, asuhan Tilawah Al-Quran menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu untuk tahun 2 hingga 6.

Tiada ulasan: