Panduan Membuat Telur Itik Masin
Pendahuluan Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik.
Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat.
Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan.
Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal.
Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.
Bahan Mentah Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
BAHAN
2500 biji 500 biji 100 biji
Telur Itik (biji) 2500 500 100
Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72
Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70
Air (liter) 15 5.0 0.60
Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25
Cara memproses
* Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
* Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
* Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).
* Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
* Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.
* Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.
* Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 - 30 hari sebelum dijual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan