Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Rabu, 14 September 2011

Reban Ayam Mudah Alih

SETAKAT tahun lepas, terdapat 185.1 juta ekor unggas di negara ini dengan 9.2 juta ekor (lima peratus) merupakan ayam kampung dan itik.

Daripada jumlah tersebut, 75 peratus atau 6.9 juta dipelihara dengan cara sistem lepas bebas.

MODUL reban mudah alih yang dicadangkan untuk Program Bumi Hijau Sehubungan itu, satu inovasi telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) bagi memperkenalkan satu kaedah penternakan yang sistematik, selamat dan bersih. Ia bukan sahaja boleh diusahakan oleh penduduk kampung tetapi juga bagi mereka yang tinggal di tamantaman perumahan di bandar.

Teknologi tersebut bertujuan mewujudkan satu kaedah pemeliharaan ayam kampung saiz sederhana yang sistematik berasaskan teknologi reban mudah alih.

Teknologi reban mudah alih ini yang antara pendekatan yang diperkenalkan bagi membantu menjayakan Kempen Bumi Hijau iaitu bagi penternakan ayam kampung dan burung puyuh. Sejumlah peruntukan akan disediakan bagi tujuan tersebut bagi menarik lebih ramai penternak terutama di kawasan bandar Konsep reban ayam ini diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit selesema burung Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI), penyakit sampar ayam yang berpunca daripada ayam kampung yang dipelihara secara bebas. Dengan pengenalan konsep ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan memberi pemahaman di peringkat negeri dan daerah menerusi kursus sehari iaitu penternak yang berjaya menyertai program Bumi Hijau diberi penerangan oleh agensi terbabit.

Ciri-ciri reban mudah alih

■Reban tersebut bersaiz tujuh kaki panjang, lebar lima kaki dan tinggi tiga kaki.

■ Dindingnya diperbuat daripada jaring, manakala bumbungnya boleh diangkat.

■ Reban ini mempunyai komponen-komponen asas antaranya pintu, tempat eraman, bekas makanan, bekas minuman, tangki air, takungan tinja (najis) dan empat roda.

■ Pada masa ini, rangkanya dibina daripada besi dan dianggarkan berharga tidak lebih RM3,000 satu set lengkap.

■ Bekalan 20 ekor anak ayam kampung iaitu 50 peratus jantan dan 50 peratus betina. Peserta dicadangkan membuat pilihan pada umur 16 minggu untuk mengekalkan sebanyak 1-2 ekor jantan.

■ Muatannya antara 20 dan 30 ekor ayam kampung berumur 15 minggu.

■ Antara satu dan dua ekor jantan dan empat atau lima ekor betina dan dipilih disimpan untuk pembiakan seterusnya.

Kebaikan sistem

1. Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem reban yang sistematik

2. Dapat menyumbang menjayakan program Bumi Hijau yang disarankan kerajaan

3. Tinja dapat dapat dikumpul dengan mudah dan dijual atau digunakan sebagai baja organik

4. Sistem pemantauan dapat dijalankan dengan lebih mudah tepat dan berkesan

5. Ekonomi negara dapat ditingkatkan apabila wujudnya sistem kawalan penyakit yang efektif.

6. Sistem ini secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang selamat dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

Cadangan pelaksanaan projek ternak ayam bagi progam Bumi Hijau

Perkara Kos

Setiap Peserta Peruntukan yang diperlukan

Jumlah anak ayam kampung untuk 1,000 peserta 20 ekor 20,000 ekor

Kos reban mudah alih RM1,000 RM1,000,000

Kos anak ayam umur 1 hari @RM3/ekor RM60 RM60,000

Kos makanan ayam 100 beg (50kg) atau RM60/beg RM60 RM60,000

Bekas makanan dan minuman@ RM80 RM80 RM80,000

JUMLAH RM1,200 RM1.2 juta

Tiada ulasan: