Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Rabu, 14 September 2011

ayam belanda

Ayam Selasih Putih

penjagaan ayam belanda dewasa

ayam kampung dan itik serati

Puyuh, Ayam kampung, arnab, puyuh telur

Panduan Membuat Telur Itik Masin

Pendahuluan Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik.

Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat.

Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan.

Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal.

Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN

2500 biji 500 biji 100 biji

Telur Itik (biji) 2500 500 100

Garam Halus (kg) 18.0 3.6 0.72

Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg) 22.5 4.5 0.70

Air (liter) 15 5.0 0.60

Sekam Padi yang dibakar hitam (kg) 6.25 1.25 0.25

Cara memproses

* Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

* Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.

* Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).

* Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.

* Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.

* Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.

* Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 - 30 hari sebelum dijual.
PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong.

Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya.

Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan.

Disamping itu;

# Telur dan daging untuk makanan keluarga

# Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan

# Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

# Boleh dibiakkan sepanjang tahun

# Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang

# Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had

# Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.

# Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN

# Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh.

Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .

# 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi.

Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai. # kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat # gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

# Makanan komersil/dagangan

# Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)

# Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)

# Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

# Makanan Campuran atau Sisa Makanan

# Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa

# Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek

# Ikan baja dan lain-lain PENGURUSAN Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)

# Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit

# Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya

# Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)

# Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit

# Boleh dilepaskan pada siang hari

# Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi

# Sediakan sarang bertelur

# Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

# Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli

# 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina

# Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur

# Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan

# Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

# Warisan

# Pemakanan

# Pengurusan

# Persekitaran

# Jangkitan Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

# Reban sentiasa bersih

# Anak ayam bebas dari penyakit # Jauh dari ternakan dan haiwan lain

# Pelawat perlu dikawal # Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan

# Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit # Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat. Program Pencegahan penyakit

# Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)

# Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”

# Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “ Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

# Kurang nafsu makan # Monyok dan tidak aktif

# Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung

# Muka bengkak

# Berak cair atau berdarah

# Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

# Sampar ayam (ND)

# Penyakit Gumboro (IBD)

# Puru # Salmonellosis

# Pasteurellosis

# Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
Reban Ayam Mudah Alih

SETAKAT tahun lepas, terdapat 185.1 juta ekor unggas di negara ini dengan 9.2 juta ekor (lima peratus) merupakan ayam kampung dan itik.

Daripada jumlah tersebut, 75 peratus atau 6.9 juta dipelihara dengan cara sistem lepas bebas.

MODUL reban mudah alih yang dicadangkan untuk Program Bumi Hijau Sehubungan itu, satu inovasi telah dihasilkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) bagi memperkenalkan satu kaedah penternakan yang sistematik, selamat dan bersih. Ia bukan sahaja boleh diusahakan oleh penduduk kampung tetapi juga bagi mereka yang tinggal di tamantaman perumahan di bandar.

Teknologi tersebut bertujuan mewujudkan satu kaedah pemeliharaan ayam kampung saiz sederhana yang sistematik berasaskan teknologi reban mudah alih.

Teknologi reban mudah alih ini yang antara pendekatan yang diperkenalkan bagi membantu menjayakan Kempen Bumi Hijau iaitu bagi penternakan ayam kampung dan burung puyuh. Sejumlah peruntukan akan disediakan bagi tujuan tersebut bagi menarik lebih ramai penternak terutama di kawasan bandar Konsep reban ayam ini diperkenalkan bagi mengelakkan jangkitan penyakit selesema burung Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI), penyakit sampar ayam yang berpunca daripada ayam kampung yang dipelihara secara bebas. Dengan pengenalan konsep ini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan memberi pemahaman di peringkat negeri dan daerah menerusi kursus sehari iaitu penternak yang berjaya menyertai program Bumi Hijau diberi penerangan oleh agensi terbabit.

Ciri-ciri reban mudah alih

■Reban tersebut bersaiz tujuh kaki panjang, lebar lima kaki dan tinggi tiga kaki.

■ Dindingnya diperbuat daripada jaring, manakala bumbungnya boleh diangkat.

■ Reban ini mempunyai komponen-komponen asas antaranya pintu, tempat eraman, bekas makanan, bekas minuman, tangki air, takungan tinja (najis) dan empat roda.

■ Pada masa ini, rangkanya dibina daripada besi dan dianggarkan berharga tidak lebih RM3,000 satu set lengkap.

■ Bekalan 20 ekor anak ayam kampung iaitu 50 peratus jantan dan 50 peratus betina. Peserta dicadangkan membuat pilihan pada umur 16 minggu untuk mengekalkan sebanyak 1-2 ekor jantan.

■ Muatannya antara 20 dan 30 ekor ayam kampung berumur 15 minggu.

■ Antara satu dan dua ekor jantan dan empat atau lima ekor betina dan dipilih disimpan untuk pembiakan seterusnya.

Kebaikan sistem

1. Memudahkan pengawalan penyakit dengan adanya sistem reban yang sistematik

2. Dapat menyumbang menjayakan program Bumi Hijau yang disarankan kerajaan

3. Tinja dapat dapat dikumpul dengan mudah dan dijual atau digunakan sebagai baja organik

4. Sistem pemantauan dapat dijalankan dengan lebih mudah tepat dan berkesan

5. Ekonomi negara dapat ditingkatkan apabila wujudnya sistem kawalan penyakit yang efektif.

6. Sistem ini secara tidak langsung akan mewujudkan keadaan yang selamat dan keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini.

Cadangan pelaksanaan projek ternak ayam bagi progam Bumi Hijau

Perkara Kos

Setiap Peserta Peruntukan yang diperlukan

Jumlah anak ayam kampung untuk 1,000 peserta 20 ekor 20,000 ekor

Kos reban mudah alih RM1,000 RM1,000,000

Kos anak ayam umur 1 hari @RM3/ekor RM60 RM60,000

Kos makanan ayam 100 beg (50kg) atau RM60/beg RM60 RM60,000

Bekas makanan dan minuman@ RM80 RM80 RM80,000

JUMLAH RM1,200 RM1.2 juta
Ternakan Puyuh

Posted by hamydy on 29, May 2008



Baka puyuh jenis IKTA

Pengenalan

Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh. Bagi penternak khusus untuk pengeluaran daging puyuh didapati menggunakan puyuh jenis penelur. Walaupun demikian ada juga terdapat pemeliharaan dari jenis puyuh berbadan besar dari baka yang diimport. Penternakan puyuh masih ditahap kecilan kerana ramai yang menganggap penternakan ini susah untuk mencapai ketahap komersil. Kebanyakan penternakan puyuh mengamalkan cara penternakan yang tradisional. Pembekalan anak puyuh adalah sangat terhad. Punca anak puyuh adalah samada dari ladang sendiri atau dibeli dari penternak lain yang mempunyai penternakan puyuh baka. Kebanyakan penternak puyuh tempatan menggunakan satu jenis puyuh untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak baka induk puyuh menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan dimana anak menggantikan induk. Apabila stok induk telah tua dan perlu diganti maka penternak ini akan mengambil telur-telur dari stok ini untuk ditetaskan dan kemudian dijadikan stok induk. Cara penternakan ini telah berjalan dengan lamanya dan didapati hasil pengeluaran dan prestasi puyuh semakin merosot atau tiada perubahan.

Bagi maksud pembangunan industri ini pengkhususan pemeliharaan amatlah penting dijalankan. Pengusaha puyuh perlu menggunakan baka yang sesuai bagi maksud pengeluaran sesuatu komoditi puyuh. Bagi tujuan pengeluaran daging puyuh maka penggunaan baka dari berbadan besar dengan efisiensi pengeluaran yang baik hendaklah digunakan. Pembekalan baka yang bermutu perlu diadakan untuk menjamin efisiensi pengeluaran dapat membawa industri ini ketahap yang lebih menguntungkan. Jabatan Perkhidmatan Haiwan ada mengeluarkan puyuh pedaging berkualiti dengan jenama PUYUH IKTA yang sedang tersebar luas digunakan oleh pengusaha puyuh baka pedaging. PUYUH IKTA dijamin berkualiti tinggi. Puyuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan menjalani pembiakan yang terkawal bagi menjamin peningkatan prestasi.

Pengambilan daging puyuh masih ditahap yang rendah kerana pendedahan masyarakat keatas daging puyuh masih terhad. Langkah-langkah memperkenalkan komoditi ini kepada orang ramai sedang giat dijalankan dan dijangka pengambilan keatas daging puyuh ini akan meningkat.

Struktur Industri

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Ada terdapat bebrapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Rajah 1 menunjukkan jenis pengusaha puyuh mengikut kategori di Malaysia. Ada pengusaha yang terlibat dengan pengeluaran anak untuk kegunaan daging dan telur. Terdapat pengusaha yang menternak puyuh dari jenis pedaging dan penelur. Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut sais penternakan adalah seperti di Rajah 2. Seramai 23 % dari jumlah keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Sais ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 – 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai sais ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Rajah 1 : Penternak puyuh mengikut kategori di Malaysia.


Kategori Pengusaha

Bil.Penternak

1.

Puyuh pedaging komersil

38

2.

Puyuh pedaging dan penelur komersil

7

3.

Baka pedaging/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

9

4.

Baka pedaging/penelur/penetasan/pedaging
dan penelur komersil

10


Rajah 2 : Sais ladang ternakan puyuh di Malaysia

Sais Ladang

Bilangan Penternak

kurang dari 1,000 ekor

25

1,000 – 3,000 ekor

41

3,000 – 5,000 ekor

16

5,000 – 10,000 ekor

12

lebih dari 10,000 ekor

14







Sangkar puyuh

Unjuran dan Sasaran Pengeluaran

Adalah dijangkakan industri ternakan puyuh akan berkembang dengan lebih pesat lagi apabila penternakan ini dikomersilkan dengan pengeluaran yang lebih tinggi dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Segala galakan dan promosi akan diadakan bagi maksud pendedahan pengguna kepada daging puyuh ini. Anggaran unjuran pengeluaran adalah seperti di Rajah 3.

Rajah 3 : Unjuran pengeluaran daging puyuh oleh JPH

Tahun

Pengeluaran daging puyuh (tan metrik)

1998

950

2000

1,140

2002

1,380

2004

1,670

2006

2,030

2008

2,450

2010

2,970





Anak puyuh yang baru menetas dan dibawa keluar dari inkubator



Sumber : http://usahawantani-kelantan.blogspot.com/2007/03/industri-penternakan-puyuh-pedaging.html

Name: ShamGz _ Nimz (sham)

Location: Machang, Kelantan, Malaysia

Akademik: Bac. of Sc(Agribusiness), UPM.

Wife; Doctor of Veterinary Medicine (Dr. Vet), UPM.

Call; 013-219 9643. E-mail;ibnu_ghaz@yahoo.com.sg

giant rabbit Arnab paling besar

Wow, ni arnab paling besar yang pernah aku tengok… Benny berusia 2 tahun dan mempunyai baka Flemish buck (ape tah) menirima status arnab paling besar di dunia tapi belum masuk rekod Guinness Book of Records lagi..hoho

Arnab ni mempunyai panjang 85cm dan seberat 10kg (hoho..memang berat)

Pemilik Benny ni gak ade buat facebook untuk benny ni disamping mempromosikan Oxfordshire Animal Sanctuary,dan sekarang dah ade lebih 270 ahli….Try cari pastu add la

Photos by Caters News Agency Ltd

via Daily Mail

giant rabbit2 Arnab paling besar

giant rabbit3 Arnab paling besar

Tips Penjagaan Arnab

Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).

rabbit

Ya, selain menulis blog dan menjual baju raya (dah abis raya, dah tak jual baju raya lagi dah~), saya juga ada membela arnab yang juga menjadi mata pencarian saya sepanjang berada dikampung. Buat masa ini, sudah ada berbelas ekor arnab yang sudah saya jual di ‘Pasar Lambak, Bukit Gambir’ dengan harga yang berpatutan. (ermm~ berpatutan ker? huhu~) Diatas permintaan seorang rakan yang baru mula hendak memerlihara arnab, disini ada sediakan beberapa tips yang saya gunakan untuk memerlihara arnab. Ok, Dari mana patut saya mula ya? Ok, arnab nih dia ada macam-macam jenis. Nak tahu jenis-jenis dia, kamu boleh lihat di sini

Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah;

Makanan

Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.

Pellet a.k.a dedak arnab

Pellet a.k.a dedak arnab

Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Tapi untuk arnab yang saya bela, saya tak pernah beri rumput begini. Sebab di kampung saya tak ada jual jenis makanan arnab yang begini. Jadi untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah memberinya makan ‘rumput Israel’.

rumput israel

Rumput Israel

Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.

:!: Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.

Shouta~ Arnab putih saya...

Shouta~ Arnab putih saya...

Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.

Tempat Tinggal

Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh… Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.

Ibu arnab: Suki & Arnab jantan: Teruna~

Ibu arnab: Suki & Arnab jantan: Teruna~

Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~

Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina. (hah, bagi yang lelaki, jangan jadi macam arnab ya~ kota lebih dah tuh…)

Kesihatan

Ok, seperti yang ada saya beritahu diatas tadi, jika mahu beri arnab kamu makan sayur, jangan beri pada waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~

Si Kuning...

Si Kuning...

Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang kamu perlu buatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan. Ok, tips yang nih, ada rakan sekerja kakak yang suggest kan kat saya. Tapi saya tak pernah buat sebab takut terbakar reban, mahu jadi BBQ arnab-arnab saya.. huhu~

Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.

Tempat Beranak

Ibu arnab boleh beranak paling cepat, sebulan sekali. Jika kamu tak larat nak jaga arnab yang beranak sebulan sekali, kamu perlu pisahkan arnab jantan dan arnab betina didalam reban seperti yang saya ceritakan diatas tadi. Kitaran yang biasa saya buat, adalah seperti ini;

Reban yang dah dibahagi 2 bahagian, pada bahagian 1 reban, saya letakkan 1 arnab jantan dan 1 arnab betina selama 1 atau 2 minggu. Manakala 4 ekor arnab betina yang lain saya letakkan pada bahagian 2 reban. Selepas 1 minggu atau 2 minggu, tukar arnab betina yang ada bersama dengan arnab jantan tadi kepada arnab betina yang lain. Manakala arnab betina yang bersama dengan arnab jantan tadi diletakkan bersama arnab betina yang lain (pada reban bahagian 2). Bila dah cukup 1 atau 2 minggu, tukar lagi arnab betina yang sama bahagian dengan arnab jantan tu dengan arnab betina yang lain pula. Kitaran begini saya buat untuk mengelakkan beberapa ekor arnab betina, beranak saing. Sebab kalau dah beranak saing nanti, kita juga yang confius. Ini anak siapa? Mak nya yang mana?

Tempat beranak untuk ibu arnab pula, jika kamu rajin, kamu bolehlah buatkan kotak seperti gambar dibawah.

Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...

Kotak yang digunakan untuk arnab melahirkan anak...

Disebabkan saya tidak pandai membuat kotak seperti itu, apa yang saya buat adalah dengan memerhatikan gelagat arnab betina. Jika ada antara arnab betina yang sudah mencabutkan bulu-bulunya untuk membuat sarang, saya akan ambil arnab itu beserta bulu-bulunya sekali, lalu saya masukkan kedalam sebuah bakul yang sederhana besar dan biarkan ia beranak disitu. Kemudian, selepas 3 minggu, barulah saya keluarkan ibu arnab dan anak-anaknya dari dalam bakul, dan masukkan mereka kedalam reban semula.

Penjagaan Anak Arnab

Kita perlu lihat keadaan ibu arnab. Ada sesetengah ibu arnab yang pandai menjaga anak. Tidak kurang juga ibu arnab yang tak pandai menjaga anak dan hanya membiarkan anaknya mati begitu sahaja. Jika si ibu arnab pandai menjaga anaknya, apa yang perlu kamu buat, hanya memastikan ibu arnab berada dalam keadaan sihat dan mendapat makanan dan minuman yang cukup. Tetapi jika si ibu arnab tidak pandai menjaga anak, kamu perlu sama-sama menjaga anak arnab tersebut.

Anak arnab yang baru lahir...

Anak arnab yang baru lahir...

Antara tips yang saya dapat dari rakan yang menjual haiwan perliharaan di Pasar Lambak, dia mengatakan kita perlu paksa si ibu arnab menyusukan anaknya dengan cara memegang keempat-empat kaki ibu arnab tersebut. Manakala tips yang lain pula, ada yang mencadangkan supaya anak arnab diberi minum air rebusan beras (air bubur) dengan picagari hingga 4 minggu. Tips memberi air bubur ini sudah saya praktikkan dan ianya berhasil…

Dibawah ini gambar baby arnab yang dah berusia hampir 3 minggu… Cute tak? huhu~

Antara yang dah dijual...

Antara yang dah dijual...

Yang dibawah ini pula, anak arnab yang dah berusia sebulan lebih…

Comel tak? Baby rabbit nih, nama dia 'Tenuk'. huhu~

Comel tak? Baby rabbit nih, nama dia 'Tenuk'. huhu~

Permainan

Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara. Sepanjang saya memerlihara arnab, saya dapati arnab sangat suka pada kertas. Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika kamu berikan kotak kertas yang tebal pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~

Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.

*******

Ok lah, rasanya itu saja tips-tips yang saya terfikir buat masa ini. Jika ada sebarang tambahan atau ingin mengemukakan pertanyaan, kamu bolehlah berbuat demikian diruangan komen ok… Terima Kasih kerana sudi membaca…

Referance; wordpress.com/” target=”_blank”>Lazzybunny, Arnabkiut.