Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Ahad, 21 Jun 2015

Kembara tanah suci Mekah & Madinah 6-17 Jun 2015


Di KLIA 2 sebelum berlepas ke Jeddah
Tok dengan kawan sekampung





menunggu untuk check in






    
  Permandangan dari atas flight otw ke Jeddah









Tiba di Imigresen airport Jeddah, Saudi Arabia





Tiba di Hotel Raihanah, Madinah Al Munawwarah



lapangan masjidil nabawi



Mihrab asal Nabi Muhammad saw yang diubahsuai



dalam raudhah




menuju ke makam Rasulullah saw





di bawah kubah hijau inilah terletak makam baginda saw




tok n the geng selepas subuh di hotel



jadual umrah


ziarah dalaman Madinah










tempat ziarah Nabi saw bagi perempuan iaitu di hadapan dinding masjid berbetulan dengan kubah hijau







pintu pejabat pengurusan perkuburan Baqi'




di hadapan makam Rasulullah saw



depan makam Rasulullah saw, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab raH



Shiekh penjaga makam  





depan pintu menuju Baqi





tong air zam zam







mihrab imam masjid nabawi sekarang



depan 2 pintu masuk ke raudhah



orang ramai bersesak melawat Nabi saw



mihrab Nabi saw
di pintu sebelah kiri mihrab tertera hadis yang bermaksud " Barang antara mimbarku dan makamku, satu taman daripada taman-taman syurga"



mimbar nabi saw



di perkuburan Baqi selepas subuh









makam sahabat
Saidina Usman  bin Affan ra











makam sahabat ra








lubang kubur yang sudah disiapkan










orang ramai di makam Saidina Usman ra







kubur para sahabat raH





kubur bayi dalam perkuburan Baqi kemungkinan anak-anak Rasulullah saw
Di perkuburan Baqi juga terletaknya kubur Sayyidah Fatimah rha, para sahabat ahli Badar, anak-anak Rasullallah saw yang meninggal ketika kecil, ummul mukminin Sayyidatina Ai'syah rha dan ramai lagi para sahabat yang lain 







Pintu masuk ke perkuburan Baqi'







menuju Bukit Uhud
tempat perang Uhud





di belakang itulah Bukit Uhud yang menempatkan tentera pemanah Nabi Muhammad saw




dari atas Bukit Uhud




di puncak Bukit Uhud







makam syuhada uhud
di sinilah terletak makam said as-syuhada saidina Hamzah bin Abdul Mutalib ra yang di tombak oleh Wahsyi
Wahsyi memeluk Islam setelah lama peristiwa tersebut berlalu, tetapi Nabi saw tidak senyum kepadanya kerana perbuatannya membunuh bapa saudaranya di Uhud sehingga baginda saw wafat. Wahsyi melakukan pelbagai perkara supaya nabi saw senang dengan beliau. Akhirnya, Wahsyi telah membunuh Musailamah Al-kazzab yang mengaku sebagai nabi ketika zaman Saidina Abu Bakar AS-siddiq dan setelah itu beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan Nabi saw senyum kepadanya.




perkuburan syuhada Uhud




pokok kurma di kebun kurma Nabi saw
orang yahudi mencabar nabi saw menanam biji kurma yang telah hangus terbakar di tanah kebun yang terbakar, dengan berkat yang ada pada nabi saw, kurma tersebut tumbuh




kedai kurma di kebun kurma
(agak mahal, seeloknya beli kurma di Uhud lebih murah)




pelbagai jenis coklat




masjid qiblatain
di sini berlaku peristiwa nabi saw menukarkan arah qiblat daripada masjidil Aqsa kepada Masjidilharam ketika solat fardu ( ada kata asar, dan ada kata zohor) 2 rakaat pertama menghadap masjid Aqsa dan 2 rakaat akhir menghadap Baitullah di masjidilharam



mihrab imam masjid qiblatain





mihrab yang menghadap ke masjid Aqsa




pohon kurma yang subur di luar masjid












Masjid Quba
merupakan masjid pertama di bina ketika Nabi saw berhijrah ke madinah bersama Abu Bakar As siddiq ra



mihrab imam masjid Quba



mimbar imam masjid Quba





di hadapan mihrab Nabi saw di masjid Nabawi



halam masjid Nabawi


kereta polis arab



pasar kurma lebih kurang satu km daripada masjid nabawi




tunjuk arah masjid nabawi



perkuburan Baqi




sempadan tanah haram di Mekah di Tanaiem












dengan anak arab Abdullah dan Abdul rahman






 dalam masjidilharam melalui pintu Raja Fahd


tong air zam zam






ladang unta





masjid asal hudaibiah
di sini tempat termeterai perjanjian Hudaibiyah antara Nabi saw dgn musyrikin Mekah
Di sini juga bawah sebatang pohon di belakang masjid ini berlaku baiah Ar-Ridhwan untuk menuntut bela atas perkhabaran berita pembunuhan Saidina Usman bin Affan ra yang menjadi wakil nabi saw ke Mekah











muzium Mekah
di sini dipamerkan barang-barang berkaitan masjidilharam dan masjid nabawi




































































antara tujuh mushaf asal pada zaman Saidina Usman bin Affan ra












bekas telaga zam zam





rukun Yamani di penjuru Kaabah, nabi saw pernah menyapu buju ini dengan tangannya yang mulia.
sehingga hari ini orang ramai menyapu penjuru rukun yamani di Kaabah




mihrab imam ketika solat maghrib di masijidilharam







jabal nur yang di puncaknya terletak gua Hira', tempat wahyu mula diturunkan



antara pintu2 masjid nabawi





di tembok perkuburan Baqi










di Miqat ahli Madinah, Bir A'li
















masjid Bir A'li



singgah solat dan makan dlm perjalanan ke Mekah drp Madinah









atas bukit marwah di tempat saie











laluan saie





dataran masjidilharam




depan baitullah




batu hajar aswaad









suhu Mekah 47 darjah celcius












multazam iaitu tempat mustajab berdoa.
Multazam ialah ruang antara pintu kaabah dan penjuru hajar aswaad. nabi saw melekapkan dirinya sambil berdoa di situ





dengan syeikh mustafa abu bakar. seorang imam daripada Palestin. Saya sempat berguru dengan beliau ketika menanti masuk waktu isyak di hadapan Baitullah yang mulia





berjumpa dengan Ustaz Aziz, pensyarah Institut Perguran Darulaman yang turut menunaikan umrah



restoran arab




jabal thur, di atas puncak gunung ini terletak gua thur yang menjadi tempat persembunyian nabi saw dan Abu bakar ketika hijrah ke Madinah






Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam as dan Siti Hawa





















masjid Saidatina Ai'syah di Tanaiem sempadan tanah haram Mekah












Imam di atas mimbar hari Jumaat di Masjidilharam





dengan Thoriq, anak arab yang fasih membaca Al-quran berusia 10 tahun



abang Thoriq, Abdul Rahman




Abang kepada Abdul Rahman dan Thoriq, Abdullah



di atas Jbal Nur selepas waktu Isyak


















pintu masuk gua Hira'










di sinilah tempat turunnya wahyu pertama kepada Nabi saw



































di belakang ialah Jabal Nur yang terletak gua Hira' di puncaknya


tok turut sama mendaki Jabal Nur







permandangan dari atas Jabal Nur





































memberi makan merpati di atas Jabal Nur




berada di Taif, bumi di mana nabi saw pergi berdakwah bersama anak angkat beliau Zaid bin Harithah ra



jalan Abdullah ibnu Abbas
di sini juga terdapat makam Abdullah ibnu Abbas ra, makam Syeikh Daud ibnu Abdullah al-fathani





 masjid Abdullah ibnu Abbas









restoran arab yang dibuat bilik-bilik







batu yang dilontar oleh penduduk Taif sampai ke sini 
(tembok putih dalam pagar)







tempat nabi berteduh dan bermunajat setelah dilempari batu oleh penduduk Taif 















masjid pertama di Taif




















bekas kebun anggur di Taif tempat nabi saw berehat setelah dilontar batu








pokok buah tin






buah tin muda





pokok delima hidup subur






puncak bukit di Taif





dengan keluarga arab






pasar buah di Taif



buah pokok kaktus




kedai minum teh dan kopi arab








masjid di Qarnul manazil. miqat tempat niat umrah atau haji













tembikai arab




ladang kibas




plan masjidilharam





bentuk atau bekas tapak kaki nabi ibrahim as di dalam makam Ibrahim










hotel Mira Ajyad di Mekah, 200 meter dari masjidilharam







bertemu dengan ust Yusuf, beliau pernah berkhidmat di SMK Agama Sik ketika penulis menuntut di sana




bertemu dengan adik ipar tok






bertemu dengan anak cg Azam kem, yang sedang menuntut di Jordan dalam bidang ijazah bahasa arab, beliau datang melaksanakan umrah dari Jordan menaiki bas yang mengambil masa 24 jam untuk samapi ke Mekah





singgah di tepi laut merah di jeddah sebelum balik ke malaysia. laut inilah yang dilalui oleh Nabi Musa as dan menenggelamkan Firaun dan tenteranya










masjid terapung di tepu laut merah










otw balik ke Malaysia


Tiada ulasan: