Selamat Datang

Jangan kita letih melakukan kebaikan kerana letih akan hilang sedang kabaikan dicatat berterusan, Ingat, jangan kita seronok melakukan dosa dan maksiat kerana seronok akan hilang, sedang dosa dicatat berterusan. Saidina Ali Karramallahu wajhu

Rabu, 24 September 2014

PUISI : Orang Kecil, Orang Besar




ASSALAMMUALAIKUM

Jom kita hayati sekejap puisi yang di karya oleh Dato' Dr Siddiq Fadhil.. 
Moga menjadi panduan dan fahaman kepada kita realiti masa kini..

Orang Kecil jika ikhlas
diperas
Jika diam
ditikam
Jika protes
dikentas
Jika usil
dibedil

Orang Kecil jika hidup
dipersoalkan
Jika mati
tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Baginya selalu besar

Orang Besar jujur-tak jujur 
makmur
Benar-tak benar 
dibenarkan
Zalim-tak zalim 
dibiarkan

Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurangajar dikata berani
Orang kecil memperkatakan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar

Tiada ulasan: